Cara Buat Akaun Public Bank

Aplikasi perbankan internet dari Public Bank, memudahkan para penggunanya menjalankan transaksi kewangan tanpa perlu pergi ke mesin ATM.

Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh melakukan beberapa transaksi tanpa perlu bergerak dari rumah atau meja kerja.

Laman web rasmi Public Bank menerangkan beberapa jenis transaksi yang boleh anda lakukan dengan PBe online banking, termasuk pemindahan wang, pembayaran kad kredit, membuka akaun baru, dan lain-lain.

Lantas, bagaimana nak membuat akaun Public Bank baharu? Mahu tahu? Mari lihat perbincangannya berikut.


 

 

Senarai Perkhidmatan Public Bank Online

Senarai Perkhidmatan Public Bank Online

Pbe Bank adalah salah satu perkhidmatan utama Public Bank yang telah dilengkapi dengan ciri terbaik untuk menyokong kemudahan pelanggan dalam melakukan urus niaga.

Bahkan, telah melampaui ciri yang dimiliki oleh ATM, kecuali pengeluaran wang tunai.

Berikut ini, terdapat beberapa ciri unggul dari internet banking Public Bank, iaitu:

1. Maklumat Akaun

Maklumat akaun dan cara credit yang boleh anda akses dengan mudah melalui telepon pintar dan komputer riba.

Termasuk maklumat mengenai kadar pertukaran, kadar simpanan, baki akaun, mutasi akaun sehingga 90 hari terakhir, dan maklumat lain.

 

2. Transfer Wang

Transfer wang akaun Public Bank ke akaun Public Bank dan pemindahan wang Public Bank ke bank lain guna IBG/IBFT.

 

3. Topup Kredit

Perbankan internet Publick Bank juga menyediakan ciri topup, seperti topup kredit telepon bimbit postpaid dan prepaid.

 

4. Bayaran Bil

Pembayaran bil elektrik, telepon, kad kredit, insurans, e-dagang boleh diakses dengan mudah melalui perkhidmatan internet banking Public bank.

Selain itu, masih banyak lagi perkhidmatan yang boleh anda dapatkan.


 

 

Cara Daftar Akaun Public Bank Online

Terdapat beberapa cara yang dapat anda gunakan untuk daftar akaun Public Bank Online, iaitu:

1. Register Pbe Online di Pejabat Bank

Register Pbe Online di Pejabat Bank

Cara ini paling mudah. Anda hanya perlu isi borang permohonan ini selengkapnya dan serahkan di kakitangan bertugas di kaunter untuk menyiapkan permohonan anda.

Cara kedua untuk mendaftar internet banking PBe online iaitu melalui customer service Public bank.

Sila pergi ke cawangan bank terdekat, seterusnya anda perlu isi borang permohonan PBe online lalu serahkan ke kakitangan bertugas di bank.

Tunggu sebentar sekitar 5 minit, akaun Public Bank anda siap digunakan.

 

2. Register Pbe Online di ATM

Register Pbe Online di ATM

Cara mendaftar untuk internet banking Public Bank juga tidak jauh berbeza dengan cara mendaftar untuk internet banking bank lain di Malaysia.

Cara pertama yang anda boleh lakukan melalui ATM, iaitu:

  • Sila datang ke ATM Public Bank terdekat.
  • Masukkan kad ATM ke mesin ATM dan masukkan PIN anda.
  • Selepas masuk ke menu utama, langkah seterusnya adalah untuk memilih menu Other Service.
  • Kemudian pilih menu Register Internet Banking.
  • Seterusnya, anda akan diminta memasukkan nombor telefon. Ini dilakukan kerana setiap kali anda melakukan transaksi internet banking, anda akan mendapat PAC (PBE AUTHENTICATION CODE) yang menjadi kod pengesahan untuk meneruskan transaksi.
  • Sila buat PIN untuk internet banking.
  • Selesai.

 

 

Aktifkan Akaun Public Bank Online

Aktifkan Akaun Public Bank Online

Selepas anda mendapatkan user ID dan password/PIN yang diberikan oleh pihak bank.

Sekarang buka laman rasmi bank Public dan ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, anda layari laman rasmi www.pbebank.com
  • Klik First Time login (sekiranya anda mahu tahu lebih detail mengenali PBe).
    Cara ke-1 Aktifkan Akaun Public Bank Online
  • Masukkan User ID dan Password yang dapatkan dari pihak Public Bank.
    Cara ke-2 Aktifkan Akaun Public Bank Online
  • Accept Terms dan Conditions
  • Masukkan User ID dan Password baharu.
  • Masukkan butiran borang lainnya.
  • Klik Submit.
    Cara ke-3 Aktifkan Akaun Public Bank Online

Sekarang, anda dapat login internet banking Public bank dengan menggunakan username dan  password baharu.


Untuk makluman, sekiranya anda mendapat masalah ketika mendaftar account, sila hubungi customer service pihak Public bank:

  • PBe Customer Support 603-2179 9999
  • Email : [email protected]
  • Waktu operasi perkhidmatan Public Bank 6 am – 12 midnight daily

Itulah beberapa maklumat cara daftar Public bank online yang boleh anda cuba. Semoga maklumat yang kami kongsi bermanfaat untuk anda.