Cara Aktifkan Akaun Bank Islam

imej cover cara aktifkan akaun bank islam

Cara Aktifkan Akaun Bank Islam – Akaun bank merujuk kepada akaun kewangan yang dikendalikan oleh bank untuk pelanggan.

Ia boleh berupa akaun deposit, akaun kad kredit, akaun semasa, atau jenis akaun lain yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

Akaun ini mewakili dana yang telah diserahkan oleh pelanggan kepada institusi kewangan dan dari mana pelanggan boleh membuat pengeluaran.

Jika akaun bank anda telah tidak aktif kerana tidak login atau tidak digunakan selama beberapa masa, dan kad ATM anda telah disekat atau hilang.

Anda mungkin ingin mengetahui bagaimana untuk mengaktifkan semula akaun bank anda. Berikut adalah beberapa cara untuk melakukan itu:

Cara Aktifkan Akaun Bank Islam Online

Langkah Pertama

Ini hanya untuk individu yang belum mendaftar di laman web Bank Islam Online Banking (cara aktifkan online banking bank islam / how to activate bank islam online banking).

Jika anda sudah mendaftar di laman web Bank Islam Online Banking, anda boleh terus ke langkah kedua. Pastikan anda sudah mendaftar untuk Bank Islam phone tac.

Kerana anda akan menerima nombor tac anda melalui pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang anda daftarkan semasa mengisi borang pendaftaran.

Selanjutnya Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buat pin e-banking di mesin ATM Bank Islam.
  2. Masukkan kad ATM anda, masukkan nombor pin anda, pilih ‘Lain-lain’, pilih ‘Perbankan Internet’, masukkan 6 digit pin e-banking pilihan anda (yang berbeza daripada pin ATM anda), masukkan semula untuk pengesahan, dan selesei (pin e-banking telah diterima). Ingatlah pin tersebut.
  3. Selesai.

Setelah anda menyelesaikan semua langkah di atas, pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/ dan klik pada ‘First Time Login’, kemudian ikuti arahan untuk mendaftar.

  1. Sila masukkan nombor pada kad ATM anda.
  2. Masukkan nombor pin yang telah anda daftarkan di mesin ATM Bank Islam.
  3. Isikan borang pendaftaran.

Pastikan bahawa nombor kata laluan yang anda daftarkan hanya terdiri daripada 6 digit sahaja. Kata laluan anda mesti mengandungi huruf dan nombor. Setelah selesai mendaftar, anda boleh terus log masuk (login).

Langkah Kedua

  1. Selepas login ke akaun Bank Islam anda, anda boleh mula membuat transfer duit untuk pembelian melalui internet.
  2. Masukkan User ID dan Password yang telah anda daftar semasa mendaftar akaun.
  3. Klik “LOGIN”.
  4. Pilih “transfer to third party”.
  5. Di ruang “Destination account”, pilih nombor akaun anda.
  6. Masukkan alamat emel penerima di ruang “Recipient’s Email Address”.
  7. Di ruang “Transfer Amount”, isikan jumlah wang yang hendak dipindahkan.
  8. Biarkan ruang “Transfer Description” kosong.
  9. Klik “Transfer”.
  10. Pada halaman seterusnya, masukkan nombor tac yang anda terima melalui sms. Pastikan nama penerima adalah betul.
  11. Jika semua maklumat adalah tepat, klik “Confirm/Submit/Transfer”. Transaksi telah selesai.
  12. Simpan bukti pembayaran anda dan catat tarikh serta masa transaksi. Sekian.

Tempoh Akaun Bank Tidak Aktif

Salah satu kemungkinannya adalah terlupa tentang akaun simpanannya. Lalu, apa yang akan terjadi jika terlupa dan dibiarkan beberapa bulan tanpa melakukan urus niaga dan baki akaun menjadi kosong?

Sebenarnya, seperti yang diketahui oleh semua orang, kebanyakan bank di Malaysia akan menutup atau membatalkan akaun simpanan yang tidak aktif selama 12 hingga 24 bulan.

Cara Aktifkan Semula Akaun di Cawangan Bank Islam

Untuk mengaktifkan kembali akaun Bank Islam, langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

  1. Kunjungi cawangan Bank Islam terdekat.
  2. Pastikan anda membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Buku Bank dan Kad ATM.
  3. Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin mengaktifkan semula akaun Bank Islam anda.
  4. Pegawai bank akan meminta dokumen seperti kad pengenalan dan buku bank. Jika anda tidak membawa buku bank, proses mengaktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  5. Pihak bank akan mengaktifkan semula akaun bank anda.
  6. Selepas itu, anda sudah boleh membuat transaksi.