Cara Daftar & Cara Login Bsn Online

imej cover cara login bsn online

Cara Login Bsn Online – Sekarang, kita tidak perlu lagi pergi ke kaunter untuk mendaftar BSN online melalui portal myBSN.

Seperti bank-bank lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian yang mudah dan cepat.

Selain digunakan untuk melakukan transaksi deposit, pengeluaran dan pemindahan wang, myBSN juga digunakan untuk membeli pin Unik UPU.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang myBSN serta langkah-langkah pendaftaran yang mudah dan terperinci.

Cara Daftar Bsn Online

Sebelum mula mendaftar BSN online, pastikan anda mempunyai kad ATM dan ingat nombor telefon yang didaftarkan.

Jika tidak, sila ke kaunter BSN untuk mendaftar atau menukar nombor telefon bagi membolehkan proses mendaftar BSN online.

  • LANGKAH 1
Imej cara daftar bsn online
Imej langkah 1 cara daftar bsn online

Untuk mendaftar BSN online, sila layari laman web myBSN di https://www.mybsn.com.my/. Klik ‘Daftar’. Tandakan butang ‘Terima’ untuk ‘Pendaftaran Kali Pertama’.

  • LANGKAH 2
Imej langkah 2 cara daftar bsn online
Imej langkah 2 cara daftar bsn online

Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit/Kad Kredit, Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2 > Masukkan 16 digit nombor kad bank anda yang tertera pada kad ATM > Kemudian isikan nombor cvv2 (3 digit di bahagian belakang kad ATM anda) serta tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).

  • LANGKAH 3
Imej langkah 3 cara daftar bsn online
Imej langkah 3 cara daftar bsn online

Masukkan nombor Kad Pengenalan baru/Kad Pengenalan lama/nombor Passport.

  • LANGKAH 4
Imej langkah 4 cara daftar bsn online
Imej langkah 4 cara daftar bsn online

Masukkan nama pengguna/ID yang dipilih beserta kata laluan > Tekan ‘Permintaan OTP’ > Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit anda melalui SMS > Masukkan 6 digit tersebut untuk meneruskan pendaftaran > Kemudian pilih 1 gambar yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).

  • SELESAI

Jika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.

Anda boleh login semula dan melihat senarai akaun di menu ‘Gambaran Keseluruhan Akaun’.

Cara Login Bsn Online

Cara log masuk MyBSN dalam talian #1: Untuk pengguna log masuk pertama kali

Ini adalah cara nak login bsn online banking untuk pengguna yang ingin log masuk ke MyBSN untuk kali pertama.

  1. Pergi ke https://www.mybsn.com.my
  2. Untuk pelanggan yang telah mendaftar akaun seperti langkah-langkah di atas, anda hanya perlu memasukkan nama pengguna anda.
  3. Tekan butang Log Masuk untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
  4. Sahkan Gambar Dalam Talian akaun anda.
  5. Masukkan kata laluan akaun anda.
  6. Setelah dapat log masuk, lengkapkan butiran peribadi anda.
  7. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.
  8. Anda sekarang berjaya log masuk MyBSN dalam talian.

Cara log masuk MyBSN dalam talian #2: Untuk pengguna yang telah mendaftar akaun

Namun, untuk pengguna yang telah mendaftar akaun MyBSN dan sudah pernah log masuk sebelum ini, boleh ikuti langkah-langkah cara login bsn online banking di bawah.

  1. Pergi ke https://www.mybsn.com.my
  2. Untuk pelanggan yang telah mendaftar akaun seperti langkah-langkah di atas, anda hanya perlu memasukkan nama pengguna anda.
  3. Tekan butang Log Masuk untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
  4. Sahkan Gambar Dalam Talian akaun anda.
  5. Masukkan kata laluan akaun anda.
  6. Anda sekarang berjaya log masuk MyBSN dalam talian.