Cara Kira Insuran Kereta

imej cover cara kira insuran kereta

Cara Kira Insuran Kereta – Setiap tahun, ketika anda menggunakan kenderaan, anda perlu memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Oleh itu, ketika anda ingin memperbaharui insurans dan cukai kereta anda, anda perlu mengetahui bagaimana syarikat tersebut membuat pengiraan insurans dan roadtax.

Biasanya, kita hanya bersetuju tanpa bertanya terlalu banyak. Namun, anda juga boleh membuat pengiraan sendiri untuk mengetahui jumlah bayaran yang perlu anda bayar secara online.

Jika anda berminat untuk mengetahui cara membuat pengiraan insurans kereta dan roadtax, anda boleh melakukan pengiraan tersebut sendiri.

Ada yang mungkin belum memahami mengenai roadtax dan insurans untuk kenderaan. Apabila tamat tempoh, anda perlu membayar insurans dan cukai jalan.

Insurans bertujuan untuk memberikan jaminan bayaran bagi kerugian yang dialami apabila berlaku kemalangan pada kenderaan anda.

Secara mudahnya, apabila kenderaan anda mengalami kemalangan dengan kenderaan lain, kos untuk memperbaiki kenderaan anda akan ditanggung oleh pihak insurans.

Faktor Yang Mempengaruhi Jumlah Insuran Kereta

Untuk membandingkan pengiraan insurans kereta antara syarikat yang berbeza, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk cara kira insurans kereta secara manual.

  1. Jumlah Sum Insured Harus Selaras

Sum insured merujuk kepada jumlah perlindungan yang ingin anda dapatkan untuk kenderaan anda.

Beberapa syarikat membenarkan pelanggan menginsurankan kenderaan mengikut jumlah sewa beli kendaraan.

Jumlah perlindungan ini merupakan satu faktor utama untuk menentukan kadar harga insuran anda.

Oleh itu, ketika membuat perbandingan, bandingkan jumlah perlindungan yang sama bagi setiap syarikat.

  1. Waspadai Kos Tersembunyi

Sesetengah syarikat insurans dan takaful mengenakan kos tambahan dari pakej produk insuran yang akan anda perbaharui.

Jika tidak teliti, mungkin anda telah pun tersalah membeli pakej yang tidak diperlukan. Pastikan periksa dengan teliti apa yang ada dalam pelan insuran anda.

  1. Diskaun 10% untuk Pembelian Atas Talian

Jika anda membeli atau memperbaharui insurans kereta melalui laman sesawang syarikat, anda akan mendapatkan diskaun sebanyak 10%.

Ini disebabkan tiada kos ejen dikenakan dalam pembelian. Oleh itu, pastikan anda membeli terus melalui laman web pengendali takaful dan syarikat insurans.

Diskaun ini juga diberikan apabila anda bersedia menghadapi tuntutan tanpa bantuan ejen. Apabila anda kurang mahir dalam proses tuntutan insurans, wajar untuk membeli melalui ejen yang dapat membantu.

  1. Bandingkan Mutu Perkhidmatan

Dengan pemansuhan atau liberalisasi tarif, syarikat insurans dan takaful dibenarkan menawarkan harga yang berbeza-beza. Mereka juga akan menyediakan perkhidmatan dengan mutu yang berbeza-beza.

Oleh itu, apabila anda memilih harga yang paling rendah, mungkin layanan yang diberikan tidak setanding dengan syarikat yang menawarkan harga yang lebih tinggi.

Kaidah cara kira insurans kereta ini sama juga berlaku dalam bisnes perkhidmatan yang lain. Selain daripada harga, perbandingkan juga faktor-faktor yang lain seperti liputan tambahan dan mutu perkhidmatan tambahan yang mungkin berguna sekiranya kenderaan anda terlibat kemalangan atau kecurian. Harga yang lebih tinggi tidak semestinya menjamin perkhidmatan yang lebih baik.

Cara Kira Jumlah Insurans Kereta

Semak cara kira jumlah insurans kereta dibawah ini,

1. Sila layari laman untuk cara kira jumlah insurans kereta, klik disini.

Imej langkah 1 cara kira insuran kereta
Imej langkah 1 cara kira insuran kereta (cara kira harga insurans kereta)

2. Isi dan Tandakan Spesifikasi Kereta anda seperti imej berikut.

Imej langkah 2 cara kira insuran kereta
Imej langkah 2 cara kira insuran kereta (cara kira insurans dan montly kereta baru / cara nak kira insurans dan road tax kereta)

3. Akhir Sekali sila tekan “calculate” untuk semak kiraan nilai jumlah insurans kereta anda.

Imej langkah 3 cara kira insuran kereta
Imej langkah 3 cara kira insuran kereta (cara untuk kira insuran kereta)