Cara Terminate ASB Loan

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang baik atau sebaliknya mengenai produk ASB loan (Amanah Saham Bumiputera) yang telah digunakan.

ASB biasanya akan menampung permintaan pembatalan pinjaman. Ini adalah hak calon pelanggan atau yang telah menjadi pelanggan.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk melabur wang dalam jumlah yang besar, boleh menggunakan pelaburan ASB sehingga kewangan anda akan teruruskan dengan baik.

Tetapi, banyak orang tidak mampu untuk membayar ASB loan kerana hal lain seperti harus membayar ansuran kereta, bil elektrik, rumah, dan lain-lain.

Ada juga orang yang kurang begitu yakin dengan ASB, kerana dividen tahunan ASB mula turun sejak 2-3 tahun lepas.

Kerana hal tersebut, ramai orang yang mahu tamatkan ASB loan lebih cepat.

Ada tiga bank yang menawarkan ASB Loan iaitu Maybank, RHB dan CIMB. Berikut cara tutup ASB loan kepada tiga bank itu.


1. Cara Tutup ASB Loan Maybank

Cara terminate pinjaman ASB loan Maybank mudah sahaja.

Hal yang perlu anda bawa iaitu kad pengenalan (IC), nombor akaun pinjaman ASB loan anda.

  • Pertama sekali, sila lawati ke cawangan Maybank terdekat.
  • Maklumkan bahawa anda ingin tutup akaun ASB loan anda.
  • Pegawai bank akan semak status akaun pinjaman anda.
  • Pegawai bank akan memberikan borang untuk terminate ASB loan, sila isi borang tersebut.
  • Sila tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga anda mendapat balik bayaran anda.

2. Cara Tutup ASB Loan CIMB

Anda mesti membawa kad pengenalan (IC) supaya pihak bank dapat semak nombor ASB anda.

  • Pertama sekali, sila lawati ke cawangan CIMB bank terdekat.
  • Maklumkan bahawa anda ingin tutup akaun ASB loan anda.
  • Pegawai bank akan semak status akaun pinjaman anda.
  • Pegawai bank akan memberikan borang untuk tutup ASB loan, sila isi borang tersebut.
  • Sila tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga anda mendapat balik bayaran CIMB.

3. Cara Tutup ASB Loan RHB

Walaupun Maybank dan CIMB adalah bank popular untuk buat pinjaman ASB, ada juga yang membuat loan dengan RHB.

Pastikan membawa kad pengenalan (IC) untuk tamatkan pinjaman ASB anda di RHB Bank.

Izinkan kami berkongsi cara terminate ASB loan RHB juga:

  • Pertama sekali, sila lawati ke cawangan RHB terdekat.
  • Maklumkan bahawa anda ingin tutup akaun ASB loan anda.
  • Pegawai bank akan semak status akaun pinjaman anda, sekiranya pinjaman anda itu masih belum cukup 36 bulan bayaran maka pihak bank akan menggalakkan untuk membatalkan pinjaman kerana akan dikenakan denda. Tetapi, sekiranya ASB loan anda sudah melebihi 36 bulan dan ke atas, maka anda boleh memilih untuk terminate.
  • Pegawai bank akan memberikan borang untuk pembatalan ASB loan, sila isi borang tersebut.
  • Sila tunggu beberapa bulan paling lama sekitar 2 bulan, sehingga anda mendapat jualan balik.

Itulah maklumat terkini mengenai Cara Terminate ASB Loan Maybank, CIMB, RHB yang mesti anda ketahui

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀