Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Tempoh Kelulusan Pinjaman TEKUN

Adakah anda berminat untuk mempunyai perniagaan sendiri?

Jika ya, salah satu faktor yang penting dan perlu anda pertimbangkan adalah modal pelaburan.

Di manakah modal ini berasal? Adakah modal sendiri atau dari pinjaman?

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pinjaman modal perniagaan seperti meminjam wang dari keluarga, bekerjasama dengan pihak lain, mencari pelabur, menggadai barang dan menggunakan simpanan.

Bagi rakyat Malaysia, pinjaman melalui TEKUN Nasional adalah yang paling kerap dilakukan.

Terdapat pelbagai jenis pinjaman yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional. Mahu tahu? Mari lihat perbincangannya.


 

 

Skim Pinjaman TEKUN

Skim Pinjaman TEKUN

Terdapat beberapa pejabat TEKUN di seluruh negara yang berfungsi memberi khidmat nasihat berkenaan skim-skim pinjaman dan syarat-syarat TEKUN:

  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga.
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita.
  • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN.
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i.
  • AR-RAHNU TEKUN.
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI).
  • Program Agropreneur Muda 2017,
  • Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS).
  • Program Pembiayaan Nelayan atau Pemasar.
  • Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT).
  • Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera.

Secara amnya, kelulusan jumlah pinjaman TEKUN iaitu antara RM1,000 hingga RM100,000 bergatung kepada kelayakan dan penilaian pihak TEKUN.

Tempoh pinjaman TEKUN iaitu antara 6 bulan hingga 10 tahun, bergantung kepada skim dan pertimbangan pihak TEKUN.


 

 

Syarat-Syarat Pinjaman TEKUN Nasional

Syarat-Syarat Pinjaman TEKUN Nasional

Berikut terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan pinjaman TEKUN Nasional.

Bagi skim atau program pembiayaan tertentu, terdapat syarat-syarat lain yang lebih spesifik, iaitu:

  • Bumiputera dan masyarakat India. Masyarakat India boleh memohon di bawah Program SPUMI.
  • Berumur 18-60 tahun. Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai rancangan perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan yang sah. Pinjaman di bawah RM5,000 tidak memerlukan Pendaftaran Perniagaan (SSM).
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Terlibat secara langsung dan sepenuh rasa dalam perniagaan. Pinjaman sehingga RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
  • Satu pinjaman bagi satu isi rumah, kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isi rumah.
  • Bayaran balik pinjaman RM20,000 sehingga RM100,000 menggunakan bayaran Post – Dated Cheque.
  • Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
  • Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman/perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan kecuali permohonan di kalangan siswazah.
  • Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000.

Selain tu, walaupun tidak ditekankan sebagai syarat wajib, tetapi sebaik-baiknya jika ada pinjaman lain pastikan tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak memuaskan.

Rekod pembayaran yang tidak baik, akan menjejaskan peluang mendapat kelulusan pinjaman yang dimohon.


 

 

Tempoh Kelulusan Pinjaman TEKUN

Tempoh Kelulusan Pinjaman TEKUN

Yang perlu anda ketahui pada masa membuat pinjaman ke TEKUN Nasional iaitu syarat dan kelayakan serta dokumen yang mesti anda penuhi.

Sekiranya semua syarat tersebut sudah anda penuhi, anda hanya perlu menunggu sahaja.

Pihak TEKUN akan menghubungi anda melalui telefon dan emel, bahawa permohonan pinjaman anda diluluskan atau tidak diluluskan.

Tempoh kelulusan pinjaman TEKUN nasional iaitu dalam masa 14 hari bekerja. Jadi, sila tunggu sahaja pihak TEKUN menghubungi anda.

Tetapi, bila pihak TEKUN belum menghubungi anda selepas lewat masa 14 hari bekerja, anda boleh menghubungi pihak TEKUN.

1. Ibu Pejabat TEKUN Nasional

Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link, Jalan Lingkaran Tengah 2, 57000 Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

  • Nombor Telepon : 03-9059 8888
  • Nombor Faks : 03-9059 9292
  • Emel : [email protected]
  • Peta Google : https://g.co/kgs/fPtthd

Itulah maklumat terkini mengenai Tempoh Kelulusan Pinjaman TEKUN Nasional Malaysia yang mesti anda ketahui

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀


Senarai Pinjaman Terkini: