Kenapa permohonan untuk AEON Credit tidak diluluskan? Bagaimana nak boleh permohonan diluluskan?
Mahu tahu bagaimana kaedahnya? Kami akan menerangkan secara terperinci untuk mendapatkan pinjaman AEON anda segera diluluskan.
Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh AEON Credit menawarkan proses pendaftaran yang lebih cepat dan lebih mudah dibandingkan dengan pinjaman konvensional yang lain.
Tetapi, itu tidak bermakna setiap permohonan akan sentiasa diluluskan.
Terdapat beberapa perkara yang membuat permohonan anda ditolak, salah satunya tidak memenuhi syarat, kelayakan, atau dokumen yang dihantar tidak lengkap.
Untuk itu sebelum mendaftarkan diri, sebaiknya anda mengetahui dahulu beberapa perkara ini.
Contents
Syarat Mohon Pinjaman AEON
Berikut adalah beberapa syarat untuk mohon pinjaman AEON yang harus anda penuhi supaya permohonan cepat diluluskan, iaitu:
1. Kelayakan Pinjaman AEON
Terdapat beberapa kelayakan pinjaman AEON yang mesti anda penuhi, iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Gaji kasar minimum RM1,500 sebulan.
- Pembiayaan minimum RM1,000 dan pembiayaan maksimum RM1,00,000.
2. Kadar Menarik
Kadar menarik bersamaan 0.66%, 0.75%, 0.80%, 0.84%, 1.20%, atau 1.50% sebulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan status pelanggan.
Caj yang dikenakan iaitu bersamaan kadar keuntungan efektif bermula dari 13.57% – 14.31% hingga 27.46% – 31.72% setahun.
Status pemohon merujuk kepada samada pemegang kad kredit AEON, atau pemegang kad AEON Express, atau bukan ahli iaitu bukan pemegang sedia ada mana-mana kad AEON.
3. Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon
Untuk anda yang bekerja makan gaji, dokumen berikut yang mesti tersedia:
- Kad pengenalan.
- Buku bank atau penyata bank (untuk tujuan pengesahan).
- Slip gaji 3 bulan terkini atau Slip gaji 6 bulan terkini untuk gaji tunai.
- Borang BE dan Resit pembayaran cukai (pilihan).
- Penyata EPF(KWSP) yang dicetak di Kiosk (jika ada).
- Penyata bank 3 bulan terkini atau Penyata bank 6 bulan terkini untuk gaji tunai.
Dan, anda yang berniaga atau bekerja sendiri:
- Kad pengenalan.
- Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
- Penyata akaun syarikat 6 bulan terkini.
- Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – ROC & ROB.
Tempoh Kelulusan Pinjaman AEON
Tentunya anda ingin mengetahui berapa lama tempoh kelulusan pinjaman AEON Credit, sehingga anda tidak merasa resah dan gelisah menunggu kepastian diluluskan atau tidak diluluskan.
AEON memerlukan tempoh 1 sampai 3 hari bekerja untuk membuat keputusan apakah permohonan pinjaman anda diluluskan atau ditolak.
Selepas tu, pihak AEON akan menghubungi anda melalui telepon dan emel untuk memberikan maklumat status pinjaman AEON anda.
Sekiranya pinjaman anda diluluskan, sila baca jadual pinjaman peribadi AEON Credit terkini sehingga anda tahu bila masa untuk bayaran balik pinjaman.
Apabila anda belum mendapatkan maklumat terkait status pinjaman AEON Credit, sila hubungi nombor telepon customer service AEON pada nombor +603 2719 9999 dan tanyakan status pinjaman anda.
Atau, anda juga boleh membuat semakan sendiri dengan cara semak status pinjaman AEON Credit melalui SMS, online dan emel.
Itulah maklumat terkini mengenai Tempoh Kelulusan Pinjaman AEON Credit yang mesti anda ketahui
Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀