Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Syarat Pinjaman ASB Maybank

Adakah anda tahu apa itu pinjaman ASB Fleksi?

Pinjaman ASB Fleksi iaitu pinjaman berjangkamasa untuk membeli unit ASB dengan pilihan untuk membiayai semula pinjaman melalui skim Flexi Cash.

Produk pinjaman ASB hanya ditawarkan di Maybank kiosk sahaja.

Sebelum anda meminjam pinjaman ASB Fleksi. Anda mesti mengetahui dan memenuhi pelbagai syarat pinjaman ASB.

Mahu tahu, apa sahaja syarat pinjaman ASB Fleksi? Mari lihat perbincangannya berikut.


 

 

Syarat Pinjaman ASB Maybank

Syarat Pinjaman ASB Maybank

Terdapat syarat atau perkara yang mesti anda ketahui mengenai ASB Fleksi, iaitu:

1. Dokumen yang Diperlukan

Untuk memohon pinjaman ASB ini, anda wajib mempunyai senarai dokumen seperti berikut:

  • Salinan, muka depan ASB.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Borang Permohonan.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini atau mana-mana pendapatan. Contoh: Penyata Akaun Bank.

 

2. Bayaran dan Yuran

Yuran dan bayaran yang pada masa kini, iaitu:

  • Surat Tawaran : RM10
  • Arahan Tetap : RM10
  • Sijil ASNB : RM 50 per sijil

Jumlah RM 70 (Yuran dan bayaran akan dibayar kepada pihak ASNB dan Lembaga Hasil Dalam Negeri).

 

3. Bayaran Yuran Keluar

Sebanyak 3% bayaran yuran keluar akan dikenakan, daripada jumlah pinjaman yang diselesaikan di dalam tempoh 2 tahun selepas pinjaman bermula.

 

4. Pembayaran Semula Pinjaman

Pembayaran bulanan akan dibuat melalui Arahan Tetap daripada salah satu akaun pinjaman.

 

5. Kadar Faedah

Terdapat beberapa kadar faedah yang mesti anda ketahui, iaitu seperti berikut:

  • Pada masa ini, kadar pinjaman asas bank iaitu 6.60%. Tetapi pada bila-bila masa, kaedah tersebut mungkin diubah mengikut budibicara bank Maybank.
  • ASB Fleksi memberikan Kadar Pinjaman Asas -1.65% setahun atas baki bulanan untuk baki bulanan seterusnya sehingga pinjaman selesai bagi jumlah pinjaman RM30,000 ke atas dan KPA – 1.35% (3 tahun pertama) KPA – 1.30% (selepas 3 tahun) bagi jumlah pinjaman di bawah RM30,000.
  • Kadar faedah semasa yang dikenakan kepada sekurangkurangnya KPA (Kadar Pinjaman Asas) + 0% berhak dinaikkan oleh pihak bank sekiranya perbezaan antara KDS (Kadar Dasar Semalaman) BNM (Bank Negara Malaysia) semasa tempoh pinjaman kurang dari 2.0%.
  • KPA + 0% tersebut akan berbalik kepada kadar faedah semasa yang di kenakan sekiranya perbezaan antara KPA Bank dan KDS BNM adalah 2.0% atau lebih.

 

6. Tempoh Pinjaman ASB Fleksi

Tempoh pinjaman ini berlaku selama 20 tahun atau maksimum umur 60 tahun, yang mana lebih awal.

 

7. Perlindungan Insurans ASB Reducing Term Assurance (ASBRTA)

Pinjaman ASB akan mendapat ASBRTA (ASB Reducing Term Assurance).

Sekiranya terdapat perubahan data pada butiran dari peminjam, silakan segera memberitahu pihak Maybank.

Sehingga, maklumat tersebut boleh di kemaskini. Sehingga, butiran dari peminjam iaitu tepat dan terkini.

 

8. Borang Permohonan ASB Maybank Online

Anda boleh mengisi borang permohonan pinjaman ASB Maybank melalui laman rasmi  Amanah Saham Bumiputera Loan Online Application.


Itulah beberapa maklumat terkini syarat pinjaman ASB Maybank yang mesti anda ketahui.

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi ke Kiosk Maybank terdekat.

Semoga maklumat diatas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda 😀


Senarai Pinjaman Terkini: