Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Senarai 9+ Pinjaman untuk Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan

Nak Pinjaman Untuk Memulakan Perniagaan? Mari lihat perbincangan berikut ini. 9 Pinjaman Untuk Memulakan Perniagaan.

Modal adalah elemen penting dalam menubuhkan sesebuah perniagaan.

Seperti yang kita maklum modal peniagaan iaitu sumber yang perlu disediakan oleh peniaga sebelum memulakan perniagaan, adalah kewangan dan stok.

Modal ini termasuklah asas peniagaan yang lain seperti tanah, buruh, dan usahawan itu sendiri.

Bagi mereka yang tiada modal perniagaan, jangan risau. Kini di Malaysia terdapat banyak pinjaman perniagaan yang ditawarkan.

Mahu tahu apa sahaja? Mari lihat perbincangan berikut.


1. Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional

Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional

TEKUN Nasional dahulu dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Mereka menyediakan kemudahan pembiayaan kepada Bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Antara pinjaman yang disediakan oleh pihak TEKUN, iaitu:

  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga.
  • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN.
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita.
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i.
  • AR-RAHNU TEKUN.
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.
  • Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

Pembiayaan yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun.

TEKUN Nasional

Untuk maklumat lanjut, sila anda layari laman web rasmi TEKUN Nasional.


2. Pinjaman Perniagaan TERAJU

Pinjaman Perniagaan TERAJU

Badan seterusnya yang menyediakan pinjaman perniagaan iaitu Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Unit strategik ini diterajuai oleh Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif.

Ia adalah pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan dengan dana sebanyak RM100 juta.

Dana Teras pula bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh:

  • SME Bank.
  • RHB Islamic.
  • MIDF.
  • Maybank Islamic.

Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

Boleh semak syarat kelayakan anda pada laman web rasmi TERAJU.


3. Pinjaman Perniagaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Pinjaman Perniagaan Amanah Ikhtiar Malaysia

Amanah Ikhtiar Malaysia iaitu sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987.

Melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).

Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.

Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin.

Tujuan untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Antara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, iaitu:

  • Skim i-Mesra.
  • Skim i-Srikandi.
  • Skim i-Wibawa.
  • Skim i-Sejahtera.
  • Skim i-Bestari.
  • Skim i-Penyayang.

Antara syarat untuk menyertai AIM adalah pendapatan bulanan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM3,855 atau per kapita RM838.

Selain tu, pemilikan aset yang tidak melebihi jumlah RM50,000.

Skim i-Mesra

4. Pinjaman Perniagaan MARA

Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Skim pinjaman MARA atau pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan dan berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.

Keistimewaan skim pembiayaan ini adalah pematuhan, syariah, mudah, dan cepat.

Berikut adalah antara kemudahan pembiayaan MARA, iaitu:

  • Skim Pembiayaan Belia (PUTRA).
  • Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi).
  • Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK).
  • Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera.
  • Program Mobilepreneur Food Truck.
  • Program Rantaian Industri (PRiN).
  • MARA Intergrated Smart Auto (MiSA).
  • Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM).
  • SPiM Tekno.
  • Program Galakan Eksport (GEB).
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM).
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).

Banyak bukan? Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MARA.


5. Pinjaman Perniagaan PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pula menyediakan pakej pinjaman perniagaan untuk usahawan Bumiputera.

Berapa banyak PUNB offer? Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM100,000 hingga RM10 juta bagi tempoh bayaran balik 10 tahun.

Pinjaman Perniagaan PUNB

Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan seperti program JUMPER.

Nak tahu lebih lagi? Sila layari laman web rasmi PUNB dan semak kelayakan anda.


6. Pinjaman Perniagaan SME Corp

Pinjaman Perniagaan SME Corp

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) iaitu agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

Pelbagai program oleh SME Corp melalui SME Bank menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

BAP 2.0, contoh menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu. SME Corp. Malaysia.


7. Pinjaman Perniagaan Hijrah Selangor

Pinjaman mikro kredit perniagaan Hijrah Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan pinjaman mudah, cepat, dan tidak membebankan kepada rakyat.

Selain pinjaman Mikro kredit, Hijrah Selangor juga menawarkan pakej pembiayaan Zero to Hero yang melaksanakan sistem Mentoring.

Pinjaman Perniagaan Hijrah Selangor

Maklumat lanjut tentang skim pembiayaan pinjaman perniagaan ini boleh didapati melalui laman web https://www.hijrahselangor.com/

Atau,

Ibu Pejabat Hijrah Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: +603 5519 1692


8. Pinjaman Perniagaan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pinjaman Perniagaan Bank Simpanan Nasional

BSN menyediakan pinjaman BSN Micro/i Kedit Prihatin.

Pinjaman ini memang ditawarkan untuk mengurangkan beban dikalangan usahawan, peniaga, penjaja sepanjang gelombang COVID 19.

Manfaatnya boleh dilihat melalui kaedah pembayaran semula pinjaman perniagaan ini.

BSN memberikan anda tempoh moratorium di mana peminjam hanya perlu mula bayar bayaran bulanan 6 bulan selepas tempoh kelulusan.

Selain tu, tiada kadar faedah keuntungan yang dikenakan iaitu 0%. Untung kan?

Setiap usahawan mikro disediakan pelbagai segmen iaitu sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum di bawah BSN Micro/i-Kredit Prihatin dalam tempoh pembiayaan atau pinjaman antara satu hingga 5.5 tahun.


9. Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk Bank Rakyat

Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk Bank Rakyat

Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk direka khas bagi menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan masing-masing.

Maklumat lanjut:

Bank Rakyat juga menyediakan Pembiayaan Qaseh Biz-i khusus untuk usahawan wanita.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.


10. Pembiayaan Mikro BangKIT Bank Islam

Pembiayaan Mikro BangKIT Bank Islam

Pembiayaan Mikro BangKIT iaitu program yang menyediakan pembiayaan mikro mampu milik kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan tetapi memerlukan modal kerja dan/atau pembiayaan untuk perbelanjaan modal.

Selain itu, pelanggan juga akan dilengkapi dengan latihan perniagaan praktikal dan mentor oleh pembuat perubahan yang dilantik untuk kembangkan perniagaan dan kemampanan.

Ditawarkan di bawah kontrak al-Qard (tanpa faedah), Pembiayaan Mikro BangKIT menyediakan pinjaman serendah RM500 hingga RM3,000 bagi perniagaan baharu dan RM3,000 hingga RM20,000 bagi pengembangan perniagaan dengan tempoh bayaran balik antara enam bulan dan tiga tahun

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.bankislam.com/corporate-info/social-finance-bank-islam/pembiayaan-mikro-bangkit/


Itulah maklumat terkini mengenai Pinjaman Untuk Memulakan Perniagaan yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga berjaya. 😀


Senarai Pinjaman Terkini: