Semakan Penyata KWSP Online

Sebagai pekerja, anda tentu mahu mengetahui berapa dulang KWSP semasa yang anda ada.

Jika dahulu korang mesti pergi ke kaunter atau pejabat KWSP untuk melakukan semakan secara manual.

Kini telah terdapat perkhidmatan dalam talian yang disebut portal KWSP. KWSP telah mewujudkan sistem online atau atas talian.

Sehingga, anda/ahli boleh membuat semakan KWSP secara online melalui i-Akaun dengan mudah dan pantas.

Di samping itu, anda juga boleh membuat cetakan penyata dan juga penerbitan KWSP secara dalam talian.

Macam mana nak buat semakan penyata KWSP secara online? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut ini.


 

 

Apa Itu KWSP?

Apa Itu KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu menyimpan wang bagi kegunaan pada hari tua.

KWSP akan memastikan anda mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.

Oleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum keatas simpanan sendiri.

Bukan sekadar menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan untuk keperluan seperti:

  • Membeli rumah atau hartanah.
  • Mengurangkan pinjaman perumahan.
  • Menyelesaikan pinjaman pendidikan.
  • Menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara.

 

 

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan i-Akaun KWSP online supaya anda boleh mengakses penyata akaun dalam portal KWSP, anda perlu mempunyai i-Akaun terlebih dahulu.

Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter KWSP, Kios KWSP, dan melalui Emel.

1. Melalui Kaunter dan Kios KWSP

Sila bawa kad pengenalan dan buku KWSP untuk dapatkan ID dan Kata Laluan sementara anda di pejabat atau kios KWSP berdekatan.

 

2. Melalui Emel

Cara mendaftarnya seperti berikut:

  • Sila muat turun (download) borang pendaftaran dan hantarkan borang tersebut bersama dokumen yang diperlukan ke alamat emel [email protected]
  • Selepas itu, sila tunggu maklum balas daripada emel untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara.
  • Waktu proses maklumbalas mengambil masa 1×24 jam.

Setelah mendaftar, ahli akan menerima Mesej dengan kata laluan untuk pengaktifan i-Akaun.


 

 

Cara Aktifkan i-Akaun KWSP

Cara Aktifkan i-Akaun KWSP

Jika anda sudah mempunyai ID dan kata laluan sementara, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, sila layari https://www.kwsp.gov.my
  • Kemudian, pilih menu Log Masuk/Login.
  • Masukkan ID Pengguna, klik Teruskan.
  • Masukkan kata laluan klik butang Teruskan.
  • Sila baca terma dan syarat. Klik pada kotak Checkbox, kemudian klik Seterusnya.
  • Buat ID Pengguna baharu. ID Pengguna baharu mestilah gabungan alphanumeric 8-16 digit. Contoh: Rangga3321
  • Buat kata laluan baharu dengan gabungan alphanumeric 8-20 digit dan masukkan semula kata laluan tersebut untuk pengesahan. Contoh: Rangga3321
  • Selepas itu, anda pilih Imej Online.
  • Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara, klik Seterusnya.
  • Tahniah, anda berjaya mendaftar. Sekarang anda boleh terus login ke perkhidmatan i-Akaun.

NOTA: Pastikan ID pengguna dan Kata Laluan diaktifkan dalam masa 30 hari selepas anda menerima maklumat tersebut.


 

 

Semakan Penyata KWSP Online

Semakan Penyata KWSP Online

Selepas anda berjaya mendaftar dan aktifkan i-Akaun, sekarang anda boleh membuat semakan baki KWSP online melalui portal KWSP:

  • Pertama sekali, sila layari https://www.kwsp.gov.my
  • Kemudian, pilih menu Log Masuk/Login.
  • Selepas tu, masukkan ID Pengguna, klik Teruskan.
  • Lalu, masukkan Kata Laluan, klik butang Teruskan.
  • Klik butang Penyata Semasa/Tahun Sebelumnya.
  • Penyata akan dipaparkan di skrin, sekiranya anda mahu muat turun atau cetak sila tekan butang Cetak.

 

 

Semak Penyata KWSP Online

Semak Penyata KWSP Online

Pihak KWSP telah menyediakan aplikasi i-Akaun untuk pengguna telefon Android dan iOS.

Sehingga pengguna boleh melakukan semakan bila-bila masa melalui telepon pintar, seperti:

  • Pertama sekali anda, muat turun aplikasi i-Akaun.
  • Kemudian, anda install aplikasi i-Akaun.
  • Masukkan ID Pengguna dan Password.
  • Pilih menu Penyata Semasa/Tahun Sebelumnya, untuk melihat penyata baki terkini anda.

 

 

Kemudahan i-Akaun KWSP

Kemudahan i-Akaun KWSP

Kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan KWSP online ini, adalah pengguna boleh melakukan urusan berikut:

  • Memohon e-Pengeluaran.
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah.
  • Menyemak maklumat penamaan.
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai KWSP? Sila hubungi:

  • Pejabat dan Kios KWSP berdekatan.
  • Facebook : https://web.facebook.com/KWSPMalaysia
  • Twitter : https://twitter.com/kwspmalaysia
  • No Telefon : +60 3-8922 6000 (Waktu operasi Isnin – Jumaat jam 8:00 pagi – 6 petang).

Itulah makluat terkini mengenai bagaimana nak semakan penyata KWSP online.

Semoga perkongsian tersebut boleh bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba 😀

 

Leave a Comment