Semakan Penyata Gaji Online

e-Penyata Gaji iaitu sistem online yang disediakan oleh jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

Fungsinya untuk memberi kemudahan kepada Kekitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk melakukan semakan, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.

Sistem e-Penyata Gaji akan menjimatkan masa, kos, dan menjadikan semua perkara lebih cekap.

Lalu, bagaimana nak semakan penyata gaji online? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut ini.


Cara Daftar e-Penyata Gaji Online

Sebelum anda boleh melakukan semakan, sila registrasi E-Penyata gaji terlebih dahulu seperti berikut:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi E-Penyata Gaji & Laporan.
  • Kemudian, lklik link Pertama Kali Mendaftar.
    Cara ke-1 Daftar e-Penyata Gaji Online
  • Pendaftaran pengguna baru E-Penyata Gaji memerlukan anda untuk mengisi borang seperti yang terlihat.
    Cara ke-2 Daftar e-Penyata Gaji Online
  • Selepas tu, sila isi borang tersebut dengan betul.
  • Seterusnya, klik OK.

Cara Semak e-Penyata Gaji Secara Online

Sekiranya anda sudah berdaftar di portal e-Penyata Gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi E-Penyata Gaji & Laporan.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Pasport.
  • Masukkan Kata Laluan, klik butang Daftar Masuk.
    Cara Semak e-Penyata Gaji Secara Online
  • Kemas kini maklumat anda.
  • Setelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat, barulah anda boleh klik pada submenu Sendiri untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

1. Semak Penyata Gaji Bulanan

Semak Penyata Gaji Bulanan

Bagi anda yang mahukan maklumat penyata gaji bulanan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Sila pilih Tahun dan Bulan dan klik butang Cari.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  • Seterusnya, boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam hardisk atau flashdisk komputer riba anda.

2. Semak Penyata Gaji Tahunan

Semak Penyata Gaji Tahunan

Bagi anda yang mahukan maklumat penyata gaji tahunan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik menu Penyata Pendapatan Tahunan yang terdapat di bawah submenu Sendiri.
  • Maklumat jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekiranya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  • Seterusnya, boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam hardisk atau flashdisk komputer riba anda.

NOTA: Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya dapat menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan sahaja dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun serta Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja. Selepas dari tempoh tersebut data tidak ada.


Aplikasi ePayslip JANM

Aplikasi ePayslip JANM

Aplikasi ePayslip JANM merupakan aplikasi yang disediakan oleh pihak JANM yang boleh anda muat turun di Google Playstore atau App Store secara percuma.

Aplikasi ePayslip JANM membolehkan anda untuk:

  • Muat turun penyata gaji bulanan dan tahunan.
  • Update atau kemaskini Profil pengguna (emel dan nombor telefon).
  • Menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat.
  • Menjana penyata gaji bagi ujuan pinjaman kewangan.

Pastikan, anda sudah memasang perisian PDF Reader pada peranti telepon bimbit bagi membolehkan proses muat turun dokumen format PDF.


Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila emelkan masalah atau aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan ke emel rasmi [email protected].

Dengan menyertakan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Gaji, No. Kod Pejabat Perakaunan, No. Kod Jabatan dan No. Kod Pusat Pembayar.

Semoga maklumat yang kami kongsi mengenai semakan penyata gaji secara online dapat bermanfaat bagi anda.

Leave a Comment