Semakan Penyata Bank BSN Online

Penyata bank adalah maklumat mengenai aktiviti pelanggan yang dicetak oleh bank.

Data yang dilampirkan pada penyata bank bercetak iaitu penerangan terperinci mengenai aliran debit dan kredit, termasuk dari pemindahan wang masuk dan keluar.

Sebelum perkembangan teknologi terkini, pelanggan hanya dapat memeriksa semua perincian data transaksi akaun dengan melawat ke cawangan bank.

Ketentuan atau sistem mengenai pencetakan atau pemberitahuan penyata bank di setiap bank mungkin berbeza.

Terdapat bank yang kerap memberi atau menghantar penyata bank kepada pelanggan walaupun pelanggan tidak memintanya.

Namun, ada juga pelanggan yang perlu melalui proses permohonan sebelum mendapatkan penyata bank.

e-Statement BSN iaitu versi PDF penyata kad kredit/-i bulanan yang boleh anda dapatkan secara percuma melalui penghantaran emel atau online banking myBSN.


Faedah Penyata Bank BSN Online

Faedah Penyata Bank BSN Online

Berikut beberapa senarai faedah yang terdapat pada e-Penyata Bank BSN, iaitu:

  • Percuma : Tiada kos tambahan untuk perkhidmatan ini.
  • Akses Mudah dan Cepat : Terima e-Penyata anda tepat pada masa setiap bulan.
  • Terjamin dan Selamat :  Penyata anda dan dilindungi dengan kata laluan.
  • Sejarah Penyata : Carian mudah rekod-rekod penyata terdahulu dalam myBSN anda.
  • Mesra alam : e-Penyata menjimatkan kertas dan melindungi alam sekitar.

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN

Terdapat dua cara yang bisa anda lakukan untuk dapatkan penyata Bank BSN, iaitu seperti:

1. Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Secara Online

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Secara Online

Perkhidmatan ini adalah percuma, jadi kami syorkan anda untuk guna cara berikut ini:

  • Pertama sekali, anda layari laman rasmi https://www.mybsn.com.my
  • Kemudian, anda klik Account Overview.
  • Selepas tu, anda klik E-Statement.
  • Seterusnya, anda klik Nama Account.
  • Pilih Statement Period yang anda mahu.
  • Kali terakhir, anda tinggal klik Download.

2. Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui Emel

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui Emel

Anda sebagai ahli Kredit /-i BSN kini boleh mendapat akses ke penyata kad kredit/-i melalui e-Penyata secara percuma.

Anda tidak perlu menunggu lagi untuk menerima bank statement kad kredit/-i melalui pos.

Untuk menikmati perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk e-Penyata melalui SMS.

Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Taip STMT<jarak>No KP<jarak>Alamat E-mel hantar ke 66300

Contoh: STMT 790416654321 [email protected]

Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima pengesahan SMS dari BSN. e-Penyata anda akan bermula dari kitaran penyata yang seterusnya.

Setiap bulan, penyata kad kredit/-i anda akan dihantar terus ke alamat emel yang didaftarkan.


Cara Request Statement Bank BSN Online

Bagaimana kalo nak request statement Bank BSN Online? Mahu tahu? Mari ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, anda layari laman rasmi https://www.mybsn.com.my
  • Pilih menu Statement Request.
  • From Account: Pilih akaun yang dimahukan.
  • From: Pilih Tarikh Awal dan Akhir.
  • Selepas itu, anda tinggal klik Submit.
    Cara ke-1 Request Statement Bank BSN Online
  • Pilih menu Statement Request Confirmation, klik Submit.
    Cara ke-2 Request Statement Bank BSN Online
  • Kemudian, anda klik Print.
    Cara ke-3 Request Statement Bank BSN Online

Cara Print Penyata Bank BSN di ATM

Cara Print Penyata Bank BSN di ATM

Mahu tahu cara print penyata bank BSN di ATM? Mari ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, anda lawati mesin ATM BSN terdekat.
  • Masukkan kad ATM dan PIN anda.
  • Lalu, anda pilih Lain-Lain Urusniaga/Other.
  • Selepas itu, anda pilih Khidmat Penyata.
  • Kemudian, anda pilih Penyata Mini.
  • Seterusnya, anda tinggal pilih Cetak.
  • Sila ambil resit yang keluar untuk melihat mini statement bank BSN.

Itulah pelbagai cara dapatkan penyata bank statement BSN yang dapat anda gunakan.

Semoga perkongsian diatas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan berjaya! 😀

Leave a Comment