Semakan Bantuan Jkm Online

imej cover semakan bantuan jkm online

Semakan Bantuan Jkm Online – Adakah anda telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2022?

Jika anda ingin mengetahui sama ada Bantuan Bulanan JKM anda telah dibayar, sila rujuk Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM.

Jenis Bantuan Jkm

Terdapat 11 kategori bantuan yang disediakan oleh JKM dan boleh dipohon, antaranya ialah:

  1. Bantuan Kanak-Kanak
  2. Elaun Pekerja Cacat
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Orang Tua (BOT)
  6. Bantuan Am Persekutuan
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  8. Bantuan Latihan Perantis
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Syarat Permohonan Jkm

Berikut adalah beberapa syarat permohonan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Salinan kad OKU atau slip pendaftaran sementara OKU (jika berkaitan)
  4. Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendapatan (jika bekerja sendiri)
  5. Salinan bil utiliti seperti bil air, elektrik, telefon, atau astro
  6. Laporan dari pegawai perubatan dari hospital, klinik kesihatan kerajaan, atau swasta (jika berkaitan dengan OKU yang tidak bekerja, terlantar, kronik, atau memerlukan alat bantu)

Nota: Pemohon hendaklah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk memudahkan proses permohonan.

Selain itu, pastikan hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berada di daerah yang telah dipohon dalam masa 14 hari selepas permohonan online.

Jika tidak, sistem akan membatalkan permohonan secara automatik.

Cara Memohon Bantuan Jkm

Terdapat 2 cara untuk memohon bantuan JKM:

1.Permohonan Bantuan JKM Secara Talian

Anda boleh mengakses laman web eBantuanJKM di pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp dan:

  1. Daftarkan permohonan anda mengikut negeri
  2. Isikan nombor kad pengenalan
  3. Isikan borang permohonan yang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang diterima akan disiasat untuk penilaian kelayakan bantuan kepada pemohon. Prinsip penyampaian bantuan JKM berdasarkan kelayakan dan bukan hak.

PERINGATAN PENTING : Pastikan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan atas talian dibuat.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

2.Memohon Bantuan JKM Melalui Borang Permohonan

  1. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  2. Minta borang permohonan bantuan JKM18.
  3. Lengkapkan borang JKM18.
  4. Bawa dokumen sokongan yang diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  5. Setiap permohonan akan disiasat secara means-tested untuk menentukan kelayakan bantuan kepada pemohon. Prinsipnya ialah berdasarkan kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan pemohon.

Suami/isteri/ibu/bapa/anak-anak yang tinggal bersama, sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, penyata gaji (jika ada), dan dokumen lain yang berkaitan.

Cara Semak Status Bantuan Jkm

Bagi anda yang telah membuat atau menghantar permohonan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Anda boleh menyemak status permohonan anda melalui portal semakan rasmi JKM. Berikut adalah cara dan langkah-langkah yang perlu diikuti:

1. Akses laman web rasmi eBantuan JKM ➤ http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

Imej langkah 1 cara semak status bantuan jkm
Imej langkah 1 cara semak status bantuan jkm (semakan bantuan jkm online)

2. Klik “Semak Status Permohonan Talian”

Imej langkah 2 cara semak status bantuan jkm
Imej langkah 2 cara semak status bantuan jkm (semak status bantuan jabatan kebajikan masyarakat)

3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan klik “Semak”

Imej langkah 3 cara semak status bantuan jkm
Imej langkah 3 cara semak status bantuan jkm (semakan bantuan jkm)

4. Anda akan menerima maklumat lengkap mengenai status permohonan anda.