Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Sekiranya Anda pelanggan PTPK (Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran).

Anda mungkin perlu mengetahui berapa sisa baki pinjaman atau tunggakan pinjaman yang anda miliki. Sehingga anda tahu pada bila bayaran anda akan selesai.

Ramai yang tidak tahu bagaimana nak semakan baki pinjaman PTPK terkini secara online.

Bagi anda pengguna baharu yang tidak memahami semak baki pinjaman, ada cara mudah yang boleh dilakukan iaitu secara online.

Untuk membuat semakan, anda mesti menyiapkan beberapa hal, seperti kad pengenalan, emel, dan telepon bimbit.

Buat apa kad pengenalan dan telepon bimbit? Kedua barang itu diperlukan untuk mengetahui baki pinjaman anda dan kata laluan untuk login ke portal PTPK.


Apa Itu PTPK?

PTPK atau Perbadanan Tabung pembangunan Kemahiran adalah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Fungsi utamanya iaitu untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK.

Latihan kemahiran ini, dibuka untuk pelatih yang mahu mengikuti program latihan DKM (Diploma Kemahiran Malaysia), DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia), dan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia).


Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Ramai orang yang bertanya-tanya, bagaimana nak semakan baki pinjaman PTPK Online?

Jawapannya mudah sahaja, anda hanya perlu membuat beberapa langkah-langkah berikut ini.

Jika anda sudah berdaftar dalam program PTPK, tentu ingin tahu berapa baki pinjaman PTPK milik anda.

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi PTPK online
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan, klik Masuk.
    Cara ke-1 Semakan Baki Pinjaman PTPK Online
  • Selepas tu, anda klik No Akaun.
    Cara ke-2 Semakan Baki Pinjaman PTPK Online
  • Maka, maklumat baki pinjaman PTPK anda akan terlihat secara butiran.
    Cara ke-3 Semakan Baki Pinjaman PTPK Online

Untuk makluman, pada masa anda memasukan ID (no kad pengenalan), pastikan rapat dengan ruangan kotak isian untuk kata laluan 11/22334 (No akaun) rapat dengan ruangan kotak isian juga.


Lupa Kata Laluan PTPK

Lupa Kata Laluan PTPK

Ramai orang bertanya-tanya juga, bagaimana jika kata laluan PTPK terlupa? Dan, bagaimana cara mendapatnya kembali?

Berikut langkah-langkah cara dapatkan kata laluan PTPK Online, iaitu:

1. Melalui Emel

Untuk mendapatkan kata laluan, sila emelkan nombor kad pengenalan peminjam dan nama peminjam ke alamat emel : [email protected]

Pihak PTPK akan segera membalas emel yang anda hantar beserta dengan maklumat kata laluan

2. Melalui SMS

Atau, anda boleh menggunakan cara kedua, iaitu dengan menghantar SMS dengan format yang sudah ada.

Sila hantar SMS dengan format: PTPK AKAUN [No Kad Pengenalan] ke 15888

Contoh : PTPK AKAUN 98765432121 ke 15888


Kaedah Bayaran Balik

  • Kaunter bayaran di Ibu pejabat Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Pejabat Pos, BSN dan Bank Rakyat.
  • Pembayaran secara Perbankan Internet: Pos Malaysia, cimbclicks, maybank2u, iRakyat.
  • Pembayaran secara Pos atas nama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran melalui kiriman wang pos/ draf bank/ Banker Cheque dan dialamatkan kepada: Ketua Eksekutif, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Tingkat 15,16,17,18,19 dan 27, Menara Dato’ Onn, Putra World Trade Centre, No 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan PTPK di talian 03 40476000 atau di talian 03 404762000.

Anda juga boleh layari www.ptpk.gov.my atau emel kepada [email protected]

Selamat mencuba dan semoga berjaya! 😀


Senarai Pinjaman Terkini: