Semak Status Pinjaman AIM

Memulakan perniagaan bukan mudah, salah satu kunci utama dalam menubuhkan perniagaan adalah mempunyai modal komersial.

Ramai yang beranggapan bahawa jumlah modal yang besar diperlukan untuk memulakan perniagaan.

Walaupun anda boleh menggunakan dana yang mencukupi untuk menubuhkan perniagaan.

Dengan modal yang terhad, inovasi anda dalam menjalankan perniagaan juga boleh terhad. Dengan modal yang cukup besar, anda bebas berinovasi.

Oleh itu, sebelum anda membuka perniagaan, anda mesti memahami dengan lebih meluas bagaimana untuk mendapatkan modal

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) iaitu sebuah badan amanah persendirian menyediakan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan B40/berpendapatan rendah/miskin.

Lantas, bagaimana jika anda ingin menyemak status pinjaman AIM? Ingin tahu? Mari kita lihat perbincangan berikut.


Objektif AIM

  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan, dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut ini:

  • Pembiayaan Modal.
  • Simpanan Wajib.
  • Tabung Kebijakan dan Kesejahteraan Sahabat.

Anda boleh cuba membuat permohonan pinjaman kepada AIM untuk mendapatkan modal perniagaan.

Kekitangan Amanah Ikhtiar Malaysia akan mengunjungi rumah anda dan melaksanakan Ujian Kelayakan untuk menentukan kelayakan responden menyertai program ini.

Bagi anda yang berminat tetapi tidak dikunjungi Pegawai AIM, boleh berhubung dengan pejabat AIM yang berhampiran.

Perkara yang mesti anda ketahui iaitu had maksimum pembiayaan bergantung pada jenis pembiayaan yang diambil.

Untuk ahli AIM baharu yang meminjam kali pertama hanya dibenarkan maksimum pembiayaan RM3,000 sahaja.

Sekiranya anda yang telah selesai bayaran balik boleh memperoleh pembiayaan seterusnya mengikut jenis produk pembiayaan yang diambil dengan syarat rekod bayaran balik sempurna.

Rekod kehadiran yang baik dan perkembangan projek yang sempurna.


Semak Status Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Anda ingin semak status pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)? Anda boleh cuba langkah-langkah berikut:

  • Hubungi Customer Service AIM di nombor 1300888246.
  • Beritahu maksud anda kemudian sila siapkan maklumat IC untuk memohon maklumat status pinjaman AIM anda.

Atau,

  • Tunggu pihak AIM menghubungi anda melalui SMS atau telepon memberitahu maklumat status pinjaman anda diluluskan atau tidak.

Setelah diterima menjadi ahli dan memasuki Mesyuarat Pusat, ahli boleh terus membentangkan cadangan pembiayaan.

AIM menetapkan kelulusan pembiayaan dalam tempoh selama 28 hari daripada tarikh pembiayaan ini dibentang di pusat.


Jenis Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia

Berikut adalah beberapa senarai jenis pinjaman atau pembiayaan yang diberikan oleh pihak AIM, iaitu:

Pembiayaan Ekonomi:

  • I-Mesra = Sehingga RM19,900
  • I-Srikandi = RM6,000 – RM19,900
  • I-Wibawa = RM5,000
  • I-Penyayang = RM1,000 – RM5,000
  • I-Wawasan = RM20,000

Pembiayaan Pendidikan:

  • I-Bestari = Sehingga RM5,000

Pembiayaan Pelbagai:

  • I-Sejahtera = RM2,000 – RM10,000

Pembiayaan AIM dilindungi oleh Tabunga Khairat Hutang (TKH).

Sekiranya berlaku kematian ahli atau pasangan, tabung ini akan menanggung keseluruhan pembiayaan tersebut.

Ini bermakna ahli yang meninggal dunia tidak menanggung hutang dengan AIM.


Bayaran Balik Pinjaman AIM

Bagaimana cara bayaran balik pinjaman AIM?

Sekiranya anda sudah diluluskan, jangan lupa untuk membuat bayaran balik pembiayaan.

Cara bayaran balik pembiayaan AIM boleh dibuat secara mingguan dan anda boleh memilih tempoh antara 25 minggu hingga 250 minggu berdasarkan jenis dan jumlah pembiayaan yang diambil.

Khusus untuk I-Wibawa bayaran balik boleh dibuat secara mingguan, bulanan, atau sekaligus.


Itulah beberapa maklumat terkini cara semak status pinjaman AIM yang boleh anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga maklumat tersebut dapat bermanfaat 😀

Originally posted 2022-01-07 15:54:34.