Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Anda tidak diluluskan pada masa membuat pinjaman wang daripada perbankan dan institusi kewangan lain?

Pihak perbankan tidak meluluskan pinjaman yang anda buat, kerana boleh sahaja anda masuk ke dalam senarai nama blacklist Bank Negara.

Anda mesti melakukan semakan segara, sekiranya anda ingin mengetahui dan memastikan bahawa nama anda masuk ke dalam database blacklist negara.

Di Malaysia, terdapat platform yang mengurusi dan merekod aktiviti korang semasa membuat pinjaman dan bayaran.

Platform tersebut terdapat dua jenis, iaitu bernama CCRIS dan CTOS.


 

 

Apa Itu CCRIS?

Apa Itu CCRIS

CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit.

Bank Negara Malaysia (BNM) mencipta sistem ini untuk mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam.


 

 

Apa Itu CTOS?

Apa Itu CTOS

CTOS adalah sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit.

Syarikat tersebut mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam, seperti:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan.

Berdasarkan laman web rasmi CTOS, terdapat beberapa jenis laporan kredit yang disediakan bagi pelanggan, iaitu:

1. Laporan MyCTOS Basic

  • Harga: Percuma.
  • Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS & Skor).
  • Maklumat Peribadi (JPN).
  • Maklumat Pengarah & Perdagangan (SSM).
  • Litigasi & Kebankrapan.
  • Rujukan Perdagangan (eTR).
  • 2 Laporan MyCTOS Basic Percuma setiap tahun.

2. Laporan MyCTOS Score

  • Harga : RM24.85* / laporan.
  • Semua maklumat di dalam laporan MyCTOS Basic.
  • CROS Score.
  • Rekod CCRIS (BNM).
  • Cek Tak Laku (BNM).
  • Akses Kepada Ganjaran.

3. CTOS SecureID

  • Harga : RM8.90*/Bulanan atau RM86.90/Tahunan.
  • Perlindungan Penipuan & Notifikasi:
    – Kebocoran maklumat peribadi & kebocoran data di jaringan gelap.
    – Permohonan kredit baru & penutupan akaun.
    – Penukaran alamat & maklumat perhubungan.
  • Pemantauan Kredit & Laporan:
    – 4 Laporan MyCTOS Score.
    – Notifikasi bayaran tertunggak.
  • Perlindungan Penipuan & Takaful.

CTOS boleh digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS.

Jenerali, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan pandangan sebenar keadaan kredit pemohon.

Tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan, muflis individu, status kes dan lain-lain masuk ke dalam sistem CTOS.

CCRIS dan CTOS mencatatkan maklumat mengenai pembayaran kredit.

Sila ambiol perhatian, CCRIS dan CTOS iaitu sistem yang mengandung maklumat penghutang dan kemudahan kredit untuk ditukar dengan institusi kewangan lain.

CCRIS dan CTOS menyimpan identiti penghutang, pemilik dan pengurusan, penyediaan dana atau pembiayaan yang diterima, cagaran, peminjam, dan kolektibilitas.

Semua maklumat dari CCRIS dan CTOS boleh diakses oleh institusi kewangan, bank dan bukan bank selama 24 jam sehari.


 

 

Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Cara semak nama blacklist Bank Negara online boleh menggunakan laman eCCRIS.

Sila anda ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi https://eccris.bnm.gov.my
  • Kemudian, sila masukkan Username dan Password.
    Cara ke-1 Semak Nama Blacklist Bank Negara Online
  • Selepas berjaya masuk ke sistem CCRIS, pilih Carian dan pilih Carian Sendiri – Individu.
    Cara ke-2 Semak Nama Blacklist Bank Negara Online
  • Beri penanda pada kotak Saya Setuju, teruskan dengan klik butang Carian Laporan.
  • Sekiranya anda mahu muat turun laporan, sila klik butang Muat Turun, klik Save untuk menyimpan salinan laporan tersebut.
  • Laporan yang berjaya di muat turun tersebut, akan dilindungi oleh kata laluan.
    Cara ke-3 Semak Nama Blacklist Bank Negara Online
  • Seterusnya, sila masukkan password untuk membuka laporan.
  • Sila instal software atau perisian untuk membuka file PDF seperti Adobe Reader.

 

 

Cara Daftar eCCRIS Online

Sekiranya anda belum mempunyai akaun CCRIS, silakan buat dahulu dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi https://eccris.bnm.gov.my
  • Kemudian, klik Log Masuk Kali Pertama atau First Time Login.
    Cara ke-1 Daftar eCCRIS Online
  • Selepas tu, anda pilih kewarganegaraan Malaysia.
  • Masukkan maklumat Nombor ID (12 digit MyKad/nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport)
  • Masukkan Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telepon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS), klik Hantar.
    Cara ke-2 Daftar eCCRIS Online
  • Seterusnya, tetapkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  • Kemudian, masukkan emel dan klik butang Hantar.
  • Pilih Imej Keselamatan dan masukkan Kata Keselamatan.
    Cara ke-3 Daftar eCCRIS Online
  • Pilih Soalan Keselamatan dan masukkan Jawapan.
  • Selesai.

Itulah beberapa maklumat terkini Cara Semak Nama Blacklist Bank Negara Online yang mesti anda ketahui.

Semoga beberapa maklumat tadi dapat membantu dan bermanfaat untuk anda 😀