Anda dapat mengetahui informasi baki pinjaman pendidikan PTPTN secara real-time, sekaligus memudahkan anda untuk membuat pembayaran hutang.
PTPTN boleh didapatkan dengan mudah jika anda (pelajar) mahu melanjutkan pelajaran ke UA/IPTA/IPTS atau Universiti awam.
Tetapi, jika anda sudah mendaftar PTPTN dan mendapatkan pinjaman wang, maka anda harus membayar hutang PTPTN.
Terdapat cara mudah untuk semakan baki PTPTN iaitu secara online dan melalui SMS.
Contents
1. Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online
Untuk membuat semakan baki PTPTN (Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) secara online, anda pastikan mempunyai internet.
Cara untuk menggunakannya:
- Pertama sekali, sila layari laman PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/.
- Seterusnya, klik ikon Semakan Penyata Pinjaman.
- Isikan nombor Kad Pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera. Lalu, klik Semak.
- Selepas tu, anda masukkan Kata Laluan.
- Setelah anda berjaya log masuk, anda dapat melihat Penyata Akaun PTPTN pada menu Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci.
Menu lain yang boleh anda lihat setelah berjaya masuk laman PTPTN iaitu seperti:
- Penyata Baki.
- Penyata Baki Terperinci.
- Pendaftaran Baru.
- Senarai Pendaftaran.
- Sijil Induk Takafur.
- Tukar kata laluan dan alamat emel.
2. Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Melalui SMS
Anda boleh menyemak baki PTPTN melalui SMS. Sila taip format:
- PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN hantar ke 15888
Contoh: PTPTN BAKI 836512312345 8888 hantar ke nombor 15888
PTPTN juga menyediakan perkhidmatan semakan lain, iaitu:
Semakan PTPTN SMS | Format |
Semak Baki | Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN |
Semak WPP | Taip PTPTN<jarak>WPP<jarak>No Kad Pengenalan |
Semak Baki Simpanan SSPN-i | Taip PTPTN<jarak>SSPN<jarak>No Akaun |
Semak Pelepasan Cukai SSPN-i | Taip PTPTN<jarak>SSPN CUKAI<jarak>No Kad Pengenalan |
Caj dikenakan sebanyak RM0.15 untuk SMS yang dihantar dan RM0.20 untuk penerima SMS.
Lupa Kata Laluan PTPTN
Jika anda lupa kata laluan untuk log masuk portal PTPTN, sila guna cara berikut untuk dapatkan semula kata laluan anda.
- Pertama sekali, lawati pautan web rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my.
- Kemudian, klik Bayaran Balik.
- Selepas itu, anda klik Penyata Pinjaman Online.
- Lalu, masukkan No Kad Pengenalan pada ruang yang tersedia.
- Seterusnya, klik Lupa Kata Laluan.
- Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, kata laluan baharu akan dihantar melalui emel anda.
- Untuk pengguna pertama kali, anda mesti menghubungi PTPTN untuk mendapatkan kata laluan.
Itulah maklumat mengenai cara semak baki pinjaman PTPTN yang perlu anda ketahui.
Pastikan anda membayar bali hutang mengikuti jadual yang ada. Selamat mencuba 😀