Bagi anda kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan melalui LPPSA, masa kini boleh melakukan semak baki secara online dan SMS.
Syarat yang diperlukan untuk membuat semakan baki tidak sukar, anda hanya perlu mempunyai kad pengenalan dan nombor telefon sahaja.
Kaedah semak pertama secara online, anda boleh menggunakan telepon bimbit/komputer riba untuk buka laman Sistem Portal Perumahan Bersepadu (SPPB).
Bagi anda yang belum mempunyai akaun, sila mendaftar terlebih dahulu. Mari lihat perbincangan berikut ini.
Contents
Cara Daftar Portal Sistem Perumahan Bersepadu
Yang mesti anda persiapkan sebelum mendaftar iaitu:
- Kad pengenalan.
- Nombor telefon bimbit.
- Emel.
Selepas syarat diatas dipenuhi, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka laman daftar LPPSA.
- Masukan nama penuh sesuai dengan kad pengenalan anda.
- Nombor Kad pengenalan.
- Tarikh Lahir.
- Nombor Polis/Tentera.
- Nombor telefon bimbit.
- Email peribadi anda.
- Email pejabat.
- ID pengguna automatik terisi.
- Kata laluan/Password.
- Confirm Kata laluan/Password.
- Tick/Centang Term & Syarat.
- Klik butang Daftar.
Selepas mendaftar, anda boleh mengakses ke semua perkhidmatan, seperti:
- Bayaran balik pinjaman.
- Penghantaran hak milik.
- Penyata tahunan.
- Semakan status permohonan baharu.
- Status bayaran kemajuan.
- Status baki pinjaman.
Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan
Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk semak baki pinjaman perumahan, iaitu:
1. Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Secara Online
Kerana anda mahu semak baki pinjaman perumahan kerajaan, sila klik menu semak baki. Paparan maklumat akan terlihat secara lengkap.
Anda juga boleh membuat semakan lain dalam senarai berikut:
- Borang atas talian.
- Status bayaran pembiayaan.
- Penyata tahunan.
- Kalkulator pengiraan kelayakan.
- Status bayaran (Potongan Gaji).
2. Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Melalui SMS
Pastikan anda mempunyai kredit untuk semakan baki melalui SMS. Format yang mesti dihantar iaitu:
- Taip LPPSA<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan hantar ke 15888
Sebagai contoh: LPPSA BAKI 770311123456 hantar ke 15888
Selain format diatas, anda juga boleh semak status LPPSA melalui SMS dengan cara:
- Taip LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No Kad Pengenalan hantar ke 15888
Sebagai contoh: LPPSA STATUS 770311123456 hantar ke 15888
Jika anda mahu mengantar sebarang pertanyaan berkaitan dengan LPPSA, sila hubungi alamat berikut ini:
Pusat Panggilan Utama : 0388801600
LPPSA, kompleks kementerian kewanagan,
No 9 Persiaran Perdana, Presint 2
Pusta Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Itulah maklumat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan melalui SMS dan secara online.
Selamat mencuba dan semoga berjaya! 😀