Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan

Mempunyai bayaran balik pinjaman di kerajaan sebaik mungkin harus dibayar tepat waktu, supaya tidak ada pembayaran tunggakan.

Kerana jika terdapat tunggakan, maka anda harus bersedia membayar caj tersebut.

Untuk itu, perlu dilakukan semakan sehingga anda tahu berapa sisa angsuran yang mesti dibayar.

Jika anda adalah kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan daripada kerajaan.

Sekarang anda boleh membuat semak baki pinjaman perumahan kerajaan online melalui laman yang disediakan oleh LPPSA.


 

 

Syarat dan Terma Pinjaman Perumahan

Syarat dan Terma Pinjaman Perumahan

Permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berkelayakan, seperti:

  • Ahli Parlimen.
  • Hakim.
  • Bada-badan berkanun.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Anggota Pentadbiran Persekutuan.
  • Kerajaan Negeri.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • Anggota Pentadbiran Negeri.
  • Anggota Perkhidmatan awam.
  • Anggota Polis.
  • Anggota tentera.

 

 

Cara Daftar LPPSA Online

Jika anda pengguna baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Sila lawati pautan untuk Daftar Baru (Register)
  • Masukkan Nama Penuh (mengikut kad pengenalan baharu).
    Cara ke-1 Daftar LPPSA Online
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baharu.
  • Kemudian, isikan Tarikh Lahir.
  • Masukkan Nombor Polis/Tentara.
  • Masukkan Nombor Telefon pada ruangan yang tersedia.
  • Masukkan Nombor Telefon Pejabat.
  • Masukkan Emel Peribadi.
  • Masukkan Emel Pejabat.
  • Pada butiran log masuk, Masukkan ID Pengguna dan Kata laluan.
    Cara ke-2 Daftar LPPSA Online
  • Masukkan sekali lagi Pengesahan Kata Laluan.
  • Tick pada kotak Terma dan Syarat.
  • Seterusnya, anda tinggal klik Daftar.
  • Ikuti langkah-langkah seterusnya dengan teliti.

Untuk makluman, setelah anda berjaya mendaftar LPPSA online. Anda akan mendapatkan akses perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  • Bayaran balik pinjaman.
  • Penghantaran hakmilik.
  • Penyata tahunan.
  • Status baki pinjaman.
  • Status bayaran kemajuan.
  • Semakan status application baharu.

 

 

Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan

Terdapat beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuat semakan, iaitu:

1. Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online

Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online

Jika anda mahu membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan LPPSA secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, sila layari laman web rasmi LPPSA
  • Sila masukkan ID Pengguna pada bahagian No Kad Pengenalan.
  • Kemudian, masukkan Kata Laluan.

 

2. Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Melalui SMS

Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Melalui SMS

Langkah-langkah semakan baki pinjaman LPPSA melalui SMS menggunakan format:

  • LPPSA<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan

Contoh: LPPSA BAKI 770311556854

Selepas itu, hantar mesej atau SMS tersebut ke 15888

Untuk semak status pinjaman perumahan LPPSA boleh menggunakan format:

  • LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No Kad Pengenalan

Kemudian, hantar mesej atau SMS tersebut ke 15888

Contoh: LPPSA STATUS 770311556854

Caj penghantaran SMS ini iaitu RM0.15 untuk caj penerimaan RM0.20, perkhidmatan ini tersedia bagi Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan Tune Talk.

 

3. Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Melalui Aplikasi MyFinancing

Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Melalui Aplikasi MyFinancing

MyFinancing iaitu aplikasi yang diperkenalkan oleh LPPSA bagi memudahkan pengguna membuat urusan yang berkaitan dengan hanya menggunakan telepon bimbit.

Walau bagaimanapun, pengguna perlu mendaftar dahulu di portal rasmi LPPSA sebelum memuat turun Aplikasi MyFinancing.

Anda boleh muat turun aplikasi MyFinancing di Google Play Store atau di App Store.

Aplikasi MyFinancing menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Jumlah tunggakan.
  • Jumlah ansuran bulanan.
  • Jumlah baki pembiayaan.
  • Jumlah pengeluaran bayaran.
  • Status akaun pembiayaan.
  • Semak status terkini application pembiayaan.
  • Hebahan terkini mengenai LPPSA.
  • Semak baki pinjaman.

Itulah beberapa maklumat terkini mengenai Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀


Senarai Pinjaman Terkini: