Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank

Perkembangan zaman telah menyebabkan orang ramai melakukan segala-galanya secara praktikal dan cepat.

Maybank menyediakan perkhidmatan perbankan internet untuk memudahkan anda membayar ansuran terus dari komputer riba dan telepon bimbit.

Perkhidmatan perbankan internet ini boleh didapati secara online selama 24 jam supaya anda boleh mengaksesnya.

Lantas, bagaimana nak cara semak baki pinjaman kereta Maybank? Mahu tahu? Mari lihat perbincangannya berikut.


 

 

Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank

Terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk semak baki pinjaman kereta Maybank, iaitu:

1. Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Secara Online

Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Secara Online

Sekiranya anda pelanggan dan memiliki pembiayaan kereta di Maybank, anda mungkin perlu tahu berapa baki ansuran mahupun pembiayaan kereta yang harus dibayar.

Berikut cara semak baki pinjaman kereta secara online:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi https://www.maybank2u.com.my
  • Masukkan Username dan Password akaun bank anda.
  • Seterusnya, pilih Pay & Transfer.
  • Kemudian, anda pilih Pay.
  • Selepas tu, anda pilih Payee.
  • Pilih Maybank Hire Purchase.
  • Pilih Amount and Effective Payment Date.
  • Maklumat baki pinjaman anda akan terpapar di skrin.

 

2. Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Melalui ATM

Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Melalui ATM

Selain secara online, anda juga dapat semak baki pinjaman kereta Maybank melalui ATM seperti berikut ini:

  • Pertama sekali, anda lawati ATM terdekat.
  • Masukkan kad ATM dan PIN anda.
  • Kemudian, pilih Other Transaction.
  • Selepas tu, anda pilih Payment.
  • Seterunsya, pilih Express Payment.
  • Pilih Loan/Financing.
  • Pilih Vehicle Loan/Hire Purchase.
  • Masukkan Acc.No. or Vehicle no.
  • Maklumat baki pinjaman anda akan terpapar di skrin.

 

 

Cara Bayar Pinjaman Kereta Maybank

Jika anda menggunakan pinjaman kereta Maybank dan belum tahu bagimana cara bayar loan maybank secara online.

Anda boleh cuba langkah-langkah yang kami kongsi berikut ini:

  • Pertama sekali, layari lama web rasmi maybank2u.com.my
  • Selepas tu, masukkan Username dan Password anda.
  • Kemudian, pilih Accounts & Banking.
    Cara ke-1 Bayar Pinjaman Kereta Maybank
  • Pilih Bill Payment.
  • Pilih Make A One-off Payment.
    Cara ke-2 Bayar Pinjaman Kereta Maybank
  • Pilih Maybank Loan & Hire Purchase, klik Continue.
    Cara ke-3 Bayar Pinjaman Kereta Maybank
  • Pilih Maybank Hire Purchase, klik Continue.
  • Sila masukkan nombor plat kenderaan anda, klik Continue.
    Cara ke-4 Bayar Pinjaman Kereta Maybank
  • Pastikan data yang anda masukkan betul, jika ya klik Continue.
  • Masukkan jumlah amaun yang harus dibayar, pilih akaun bank yang mahu anda gunakan pada From Account klik Continue.
    Cara ke-5 Bayar Pinjaman Kereta Maybank
  • Sila masukan kod TAC.
  • Simpan resit bukti bayar.

Dengan melihat baki ansuran melalui online, anda akan menjimatkan masa dan boleh membuat pembayaran secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Itulah beberapa maklumat cara semak baki pinjaman kereta Maybank secara online.

Selamt mencuba! Semoga beberapa maklumat tadi dapat membantu dan bermanfaat untuk anda 😀


Senarai Pinjaman Terkini: