Semak Baki Akaun Ambank Online Banking

Penggunaan perkhidmatan perbankan online telah menjadi wajib bagi setiap bank di Malaysia.

Kerana, setiap syarikat perbankan senantiasa bersaing untuk menyediakan inovasi perkhidmatan perbankan untuk pelanggannya.

Salah satu bank yang menyediakan sistem perbankan online adalah Ambank.

Sekarang pelanggan Ambank tidak perlu repot-repot atau mengalami kesukaran dalam membuat transaksi dengan adanya perkhidmatan berasaskan online.

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semak baki Akaun Ambank online, top up kredit, bayar pinjaman dan lain-lain di mana sahaja dan bila-bila masa, selagi dapat disambungkan ke internet.

Lantas, bagaimana cara semak baki akaun Ambank Online? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.


 

 

1. Semak Baki Akaun Ambank Secara Online

Selain secara konvensional melalui mesin ATM, pelanggan Ambank juga boleh menggunakan perkhidmatan internet banking atau mobile banking.

Perkhidmatan ini, boleh diakses dalam bentuk aplikasi telepon bimbit dan melalui web rasmi AmOnline.

Coba anda ikuti sahaja langkah-langkahnya berikut ini:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi https://ambank.amonline.com.my
  • Kemudian, anda klik Register.
  • Anda mesti mengisi Username, Password dan sila pilih gambar security untuk keselamatan.
    Cara ke-1 Semak Baki Akaun Ambank Secara Online
  • Anda wajib check I agree with the terms & conditions, lepas tu klik Next.
  • Pilih New IC No, masukan ID number, emel dan mobile number, klik Next.
    Cara ke-2 Semak Baki Akaun Ambank Secara Online
  • Emel confirmation akan dikirim ke emel anda, sila buka dan klik link confirmation tu.
  • Sila login dengan menggunakan username dan password anda.
  • Klik menu My Account > Saving & Current.
  • Maklumat baki akaun akan terlihat.

 

 

2. Semak Baki Akaun Ambank Melalui Aplikasi

Aplikasi AmOnline adalah aplikasi rasmi yang dilancarkan oleh bank Ambank untuk pelanggan, sehingga boleh melakukan urus niaga secara mobile.

AmOnline dapat di muat turun melalui playstore dan app store yang terdapat pada telepon bimbit anda.

Sila download dahulu, lepas tu ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, buka aplikasi Ambank pada telepon bimbit anda.
  • Sila pilih bahasa (English, Malaysia, dan China), kemudian klik Submit.
    Cara ke-1 Semak Baki Akaun Ambank Melalui Aplikasi
  • Masukkan Username dan Password.
  • Tap menu Account Summary > Saving & Current.
    Cara ke-2 Semak Baki Akaun Ambank Melalui Aplikasi
  • Maklumat baki akan terpapar di skrip telepon bimbit anda.

 

 

3. Check Balance Ambank Melalui ATM

Check Balance Ambank Melalui ATM

Seperti pelanggan lain yang menggunakan perkhidmatan perbankan, pelanggan Ambank juga boleh menggunakan perkhidmatan konvensional yang lebih dikenali oleh pelanggan.

Seperti penggunaan mesin ATM untuk melaksanakan pelbagai jenis transaksi.

Penggunaan mesin ATM masih digunakan sebagai cara semak baki akaun Ambank oleh sesetengah orang kerana mudah dilakukan.

Membuat transaksi di mesin ATM memerlukan kad ATM. Jadi, sila bawa kad ATM anda dan ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, anda masukkan Kad ATM.
  • Selepas itu, anda masukkan PIN ATM.
  • Kemudian, tekan menu Other.
  • Seterusnya, tekan menu Account Information.
  • Maklumat baki akan dipaparkan di skrin ATM.

Mengakses dan menjalankan aktiviti perbankan konvensional sangat biasa kepada sesetengah orang.

Tetapi sekarang, ramai orang beralih menggunakan internet banking dan mobile banking untuk membuat pelbagai transaksi.

Kerana, ia menjimatkan masa dan boleh digunakan bila-bila masa selagi boleh disambungkan ke internet.


Itulah cara semak baki akaun Ambank yang boleh anda lakukan, sila gunakan cara yang paling mudah sahaja untuk anda.

Semoga maklumat tadi dapat membantu dan berjaya! 😀