Semak Baki Akaun Affin Bank

Affin bank iaitu salah satu daripada bank cukup diminati oleh rakyat di Malaysia.

Kenapa? Kerana, Affin bank mempunyai pelbagai kemudahan untuk membuat transaksi kewangan pada pelanggannya.

Sesetengah perkhidmatan yang ditawarkan adalah semak baki, transfer, topup, bayar bil, dan lain-lain.

Bagi anda pelanggan bank Affin, berikut terdapat cara mudah dan praktikal untuk menyemak baki akaun Affin Bank.


1. Semak Baki Akaun Affin Bank Online

Semak Baki Akaun Affin Bank Online

Cara semak baki Affin bank online banyak sekali digunakan, kerana dapat dilakukan kapan sahaja dan di mana sahaja, serta menjimatkan masa.

Untuk melakukan semak baki akaun Affin bank online, sila ikuti langkah-langkahnya berikut ini:

  • Pastikan anda sudah mempunyai account internet banking.
  • Pergi ke laman web rasmi affin bank online affinonline.com. Klik Login.
  • Masukkan Username dan Password, klik butang Login.
  • Kemudian, masuk ke menu Account Summary.
  • Maklumat baki anda akan dipaparkan secara butiran.

2. Semak Baki Akaun Affin Bank Melalui Aplikasi

Affin Bank menyediakan aplikasi mobile untuk di instal pada telepon bimbit anda. Sila download AffinSecure di Playstore dan App store.

AffinSecure boleh digunakan untuk urus niaga, seperti berikut ini:

  • Pindahan Akaun Pihak Ketiga yang telah didaftarkan.
  • Pindahan Akaun Pihak Ketiga.
  • Pemindahan Akaun Antara Bank Berdaftar.
  • Pindahan Akaun Antara Bank Terbuka.
  • Pemindahan Telegraf Berdaftar.
  • Perpindahan Telegraphic Terbuka.
  • Pembayaran Bil Terbuka.

Sila ikuti cara semak baki akaun Affin bank melalui AffinSecure, seperti berikut ini:

Aplikasi Affin Bank

  • Pertama sekali, muat turun aplikasi AffinSecure pada telepon bimbit anda.
  • Kemudian, masukkan Usename dan Password.
  • Selepas tu, anda tap menu Account Summary.
  • Paparan maklumat baki akan terlihat di skrin.

3. Semak Baki Akaun Affin Bank Melalui ATM

Cara lain untuk semak baki akaun Affin Bank adalah dengan melalui mesin ATM (Automatic Teller Machine).

Untuk dapat semak baki melalui mesin ATM, anda hanya perlu datang ke ATM terdekat dengan membawa kad ATM.

Sila anda ikuti langkah-langkahnya seperti berikut ini:

  • Pertama sekali, masukkan kad ATM ke dalam mesin ATM.
  • Masukkan PIN ATM (Personal identification number).
  • Kemudian, pilih bahasa yang anda mahu gunakan.
  • Selepas itu, anda pilih menu Other.
  • Masukkan menu Account Summary.
  • Tunggu seketika, sehingga baki akaun anda akan muncul pada skrin mesin ATM.

Itulah beberapa maklumat cara nak semak baki akaun Affin bank melalui online, ATM, dan aplikasi.

Pilih salah satu cara untuk menyemak baki akaun bank Affin anda yang anda fikir mudah dan tidak rumit.

Semoga maklumat tadi dapat membantu dan bermanfaat untuk anda 😀