Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Anda sedang mencari pinjaman peribadi konvensional tanpa cagaran? Sila cuba Hong Leong Personal Loan Bank.

Pinjaman peribadi dari Hong Leong bank dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa adanya cagaran.

Kemudahan ini adalah kemudahan pinjaman peribadi tanpa cagaran untuk membantu anda dalam memenuhi keperluan penggunaan peribadi.

Ia dikira berdasarkan kadar tetap menghasilkan bayaran ansuran tetap sepanjang tempoh pembayaran.

Anda boleh memohon pinjaman peribadi hong leong ini apapun pekerjaan anda.

Jumlah pinjaman yang diberikan maksimum iaitu RM250,000 dengan maksimum tempoh pembiayaan atau bayaran balik sehingga 7 tahun.

Proses kelulusan hanya memerlukan tempoh 48 jam sahaja.

Terdapat banyak kelebihan Hong Leong Personal Loan berbanding pinjaman peribadi lain di Malaysia yang mesti anda ketahui.


 

 

Kelebihan Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Kelebihan Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Terdapat beberapa kelebihan atau ciri menarik bagi pemohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank, iaitu:

  • Pulangan Tunai 20% Bagi Faedah.
  • Kelulusan Pantas Dalam Masa 48 jam.
  • Kelayakan Pendapatan Minimum Hanya RM24,000 Setahun.
  • Kelulusan Pinjaman 5 Minit Di am:pm Convenient Banking.
  • Ansuran Bulanan Serendah RM130.
  • Tempoh Pembayaran Balik Fleksibel Sehingga 5 Tahun.
  • Tanpa Penjamin Dan Tanpa Kolateral.

 

 

Syarat Hong Leong Bank Personal Loan

Syarat Hong Leong Bank Personal Loan

Berikut ini, terdapat beberapa syarat kelayakan memohon untuk pinjaman peribadi Hong Leong Loan, iaitu:

  • Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun.
  • Pendapatan tahunan minima sebanyak RM24,000.
  • Berpendapatan RM24,000 setahun atau bulanan minima RM2,000 sebulan.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia.

 

 

Dokumen untuk Pegawai Swasta/Kerajaan/GLC/Pesara

Dokumen untuk Pegawai Swasta/Kerajaan/GLC/Pesara

Berikut adalah dokumen-dokumen yang mesti ada untuk memohon pinjaman peribadi Hong Leong Personal Loan, iaitu:

  • Borang EA terkini.
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan penyata KWSP terkini.
  • Salinan 3 bulan slip gaji/penyata bayaran pencen terkini.

 

 

Dokumen Untuk Yang Bekerja Sendiri

Dokumen Untuk Yang Bekerja Sendiri

Beberapa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank, iaitu:

  • Salinan 6 bulan penyata bank syarikat terkini.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Lesen Operasi.
  • Salinan Borang B terkini.
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.

 

 

Fi dan Caj Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

Fi dan Caj Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank

  • Fi Duti Setem : 0.50% daripada amaun kemudahan yang disalurkan untuk setiap kemudahan diluluskan.
  • Fi IBG : Fi nominal sebanyak RM2.00 akan dikenakan atas setiap Interbank Giro (IBG), jika berkenaan.
  • Caj Bayaran Lewat : 1 % setahun atas jumlah tunggakan untuk setiap kemudahan (dasar rehat seharian).
  • Penyelesaian Awal : Tiada Fi/Caj, asalkan notis awal 3 bulan secara bertulis diberikan kepada pihak bank atau bayaran untuk faedah 3 bulan atas amaun yang ditebus sebagai ganti untuk notis (bayaran keuntungan 3 bulan sebagai ganti untuk notis tidak terpakai untuk Pembiayaan Peribadi-i).

Caj Pampasan:

  • Untuk pembayaran lalai sepanjang tempoh kemudahan = 1% setahun atas amaun ansuran tertunggak.
  • Untuk pembayaran lalai yang menyebabkan kemudahan ditamatkan atau dibawa ke mahkamah = 1% setahun atas baki tertunggak (amaun tertunggak yang belum dijelaskan tambah keuntungan terakru).
  • Untuk pembayaran lalai selepas tamat tempoh kemudahan = kadar Islamic Interbank Money Market BNM (IIMM) atas baki tertunggak (amaun tertunggak yang belum dijelaskan tambah keuntungan terakru).
  • Untuk pembayaran lalai selepas pertimbangan = kadar IIMM atas jumlah pertimbangan asas.

 

 

Ansuran Bulanan

Ansuran Bulanan

Berikut ini adalah jadual ansuran bulanan Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank:

NOTA:

  • Kadar Faedah Berkesan daripada 12.38% – 22.42% setahun.
  • Kadar Faedah Rata daripada 9.0% – 12.5% setahun bergantung pada amaun dan tempoh pinjaman.
  • Ansuran bulanan sebenar akan dibundarkan kepada RM5 yang paling hampir.
  • Jadual di atas adalah sebagai ilustrasi semata-mata.

 

 

Cara Memohon Hong Leong Personal Loan

Cara Memohon Hong Leong Personal Loan

Untuk memohon pinjaman peribadi, anda mesti mengisi borang yang sudah disediakan oleh pihak bank Hong Leong.

Anda boleh muat turun borang ini, melalui link Borang Permohonan selepas itu sila print/cetak borang tersebut dan isi menggunakan pen dan membawa borang tersebut ke cawangan Hong Leong terdekat.

Seterusnya, anda akan diberikan panduan dan arahan oleh customer service sehingga anda berjaya memohon pinjaman peribadi.


Itulah beberapa maklumat terkini Cara Memohon Pinjaman Peribadi Hong Leong Bank untuk pekerja swasta, kerajaan, GLC, dan Pesara.

Selamat mencuba dan semoga dapat bermanfaat ­čśÇ


Senarai Pinjaman Terkini: