Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Pinjaman Peribadi CIMB

Modal adalah keperluan utama yang mesti disiapkan semasa memulakan perniagaan.

Salah satu perkara yang sering dilakukan iaitu dengan meminjam wang di bank sebagai modal.

Memang, tidak semua perniagaan memerlukan modal yang besar, bahkan ada perniagaan yang tidak memerlukan modal sama sekali.

Sebilangan besar calon peniaga sering membatalkan niat mereka untuk membuka perniagaan, kerana mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi.

Tetapi, jika anda tergolong dalam calon peniaga yang ingin membuka perniagaan baharu, anda tidak perlu bingung lagi untuk mendapatkan modal perniagaan yang anda perlukan.

Kerana terdapat banyak alternatif yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan modal usaha.

Salah satu alternatif yang boleh anda lakukan iaitu memohon pinjaman dari bank CIMB Xpress Cash Financing-i.


 

 

Cara Mohon Pinjaman Peribadi CIMB

Cara Mohon Pinjaman Peribadi CIMB

Memohon pinjaman wang ke bank, salah satunya pinjaman peribadi CIMB tidak terlalu sukar.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan iaitu meyakinkan pihak Bank CIMB untuk memberikan pinjaman wang.

Sebelum meluluskan permohonan pinjaman dari pelanggan, CIMB biasanya akan mempertimbangkan sejumlah perkara yang berkaitan dengan data calon pemohon.

Minimum Jumlah Pembiayaan RM3,000
Maksimum Jumlah Pembiayaan Sehingga RM50,000
Minimum Tempoh Pinjaman 1 Tahun (12 bulan)
Maksimum Tempoh Pinjaman 5 Tahun (60 bulan)
Jenis Pinjaman
Konvensional (Tak Bercagar)
Kadar Keuntungan 18% p.a hingga 24% p.a
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta/Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM800 sebulan atau RM9,600 setahun
Jaminan Tiada jaminan diperlukan
Tempoh Kelulusan 1 hari bekerja

 

 

Kelayakan Pinjaman Peribadi CIMB

Kelayakan Pinjaman Peribadi CIMB

Sebagai salah satu bank terbesar di Malaysia, CIMB Islamic tidak mengenakan syarat yang ketat untuk pemohon.

Syarat kelayakan yang dikenakan iaitu sama dengan kebanyakan pinjaman peribadi Islamik di Malaysia.

1. Syarat Umum

  • Pemohon tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Pemohon berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berpendapatan minimum RM800 (Gaji Kasar) sebulan ke atas atau RM9,600 (Gaji Kasar) setahun ke atas.

 

2. Syarat Untuk Berniaga atau Bekerja Sendiri

  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
  • Mempunyai akaun bank syarikat.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

3. Syarat Pekerja Swasta

  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.
  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.

 

 

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang Diperlukan Pinjaman Peribadi CIMB

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi CIMB, iaitu:

1. Dokumen Untuk Kerja Sendiri

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.

 

2. Dokumen Untuk Kerja Gaji Dibayar Tunai

  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

 

3. Dokumen Untuk Kerja Makan Gaji Dibayar ke Bank

  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

 

4. Dokumen Untuk Kerja Makan Gaji Tiada Potongan EPF

  • Penyata bank 6 bulan terkini.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.

 

 

Fi dan Caj

Fi dan Caj Pinjaman Peribadi CIMB

Di CIMB, anda boleh memohon pinjaman untuk kepentingan perniagaan tanpa jaminan.

CIMB menawarkan pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah dan juga prosesnya mudah.

Caj yang dikenakan cuma duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan. Caj duti setem iaitu sama seperti pinjaman peribadi dari bank lain.

CIMB bank tidak mengenakan Early Termination Fee atau Caj Penamatan Awal, jika pemohon mahu untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman lebih awal dari kontak.

Selain tu, terdapat caj lewat bayar sebanyak 1% daripada baki pinjaman akan dikenakan.

Jika anda mahu, anda boleh mencuba perlindungan insurans Takaful jika pinjaman anda diluluskan.


 

 

Jadual Pinjaman Peribadi CIMB

CIMB Cash Plus installment berikut ini, boleh menjadi panduan untuk anda semasa memohon pinjaman, sehingga kewangan anda boleh terorganisir dengan baik.

Jadual ke-1 Pinjaman Peribadi CIMB Click

Jadual ke-2 Pinjaman Peribadi CIMB Click

Jadual ke-3 Pinjaman Peribadi CIMB Click

Jadual ke-4 Pinjaman Peribadi CIMB Click

Jadual ke-5 Pinjaman Peribadi CIMB Click

Beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan iaitu kadar faedah yang ringan dan berpatutan.

Serta, kemampuan anda untuk membuat ansuran bulanan juga perlu dipertimbangkan lebih lanjut.


Itulah cara untuk memohon pinjaman peribadi CIMB Bank untuk mendapatkan modal usaha.

Jika permohonan pinjaman anda telah disetujui oleh bank, maka anda boleh mula menjalankan perniagaan yang anda mahukan.

Pastikan bahawa, anda menjalankan perniagaan anda dengan sebaik mungkin.

Sehingga anda dapat mengembalikan pinjaman anda sesuai dengan waktu yang dipersetujui pada masa ansuran pinjaman itu nanti.


Senarai Pinjaman Terkini: