Pinjaman Peribadi Agrobank

Mencari penyelesaian kewangan jangka pendek? agrobank boleh bantu!

Dengan pinjaman peribadi agrobank, anda boleh mendapatkan wang yang anda perlukan untuk membantu anda sehingga hari gaji berikutnya, dan anda boleh memilih antara pelbagai tempoh pinjaman.

Selain itu, proses permohonan dalam talian kami yang mudah memudahkan untuk bermula. Jadi jangan tunggu – mohon hari ini!


Jadual Pinjaman Peribadi Agro Bank

jadual pinjaman peribadi agrobank compressed 1

Di atas adalah jadual pinjaman peribadi Agrobank AgroCash-i. Jadual ini hanya sebagai rujukan sahaja.

Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti:

  • Kadar faedah atau keuntungan.
  • Base rate (BR).
  • Jumlah pinjaman.
  • Tempoh pembiayaan
  • Dan lain-lain.

Agrobank AgroCash-i

Agrobank AgroCash-i iaitu skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Agrobank atau dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia.

Banyak orang yang tidak tahu bahawa, Bank Pertanian (Agrobank) memberi perkhidmatan berkaitan pinjaman peribadi, bukan hanya pinjaman untuk sektor pertanian sahaja.

Mininal Jumlah PembiayaanRM10,000
Maksimal Jumlah PembiayaanSehingga RM200,000
Minimal Tempoh Pinjaman1 Tahun (12 bulan)
Maksimal Tempoh Pinjaman10 Tahun (120 bulan)
Islam / KonvensionalIslamic (Tidak bercagar)
Kadar KeuntunganKadar tetap dari 6.17% – 6.62% setahun
Tempoh Kelulusan5 hari bekerja

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Agrobank

Penting bagi anda untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai kadar faedah, pelbagai yuran, insurans yang dikenakan dan semua syarat lain yang ditentukan oleh bank.

Ini akan membantu anda mendapatkan pinjaman terbaik dengan perkhidmatan yang memuaskan.

Sebelum anda memohon sila lihat syarat pinjaman peribadi berikut ini:

Anda harus memenuhi syarat kelayakan sebelum anda membuat permohonan pinjaman peribadi AgroCash-i.

Sila cek dan teliti betul-betul syarat ini, kerana syarat adalah berbeza antara kakitangan GLC dan kakitangan kerajaan.

1. Syarat Pinjaman Peribadi Kekitangan GLC

Berikut terdapat beberapa syarat pinjaman peribadi kekitangan GLC, iaitu:

  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Berkhidmat lebih dari 3 tahun perkhidmatan.
  • Pendapatan bulanan RM2,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24,000 ke atas.
  • Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 50% pendapatan bersih bulanan.
  • Layak memohon sehingga 10 kali ganda gaji kasar, atau had maksimum RM100,000 dengan kadar keuntungan dari 6.7% p.a hingga 7.2% p.a.
  • Pelanggan berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tamat tempoh pembiayaan atau tempoh persaraan yang mana lebih dahulu.

2. Syarat Pinjaman Peribadi Kekitangan Kerajaan

Berikut terdapat beberapa syarat pinjaman peribadi kekitangan kerajaan, iaitu:

  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Berkhidmat lebih dari 3 tahun perkhidmatan.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Pendapatan bulanan RM1,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM12,000 ke atas.
  • Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 60% pendapatan bersih bulanan.
  • Layak memohon sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan antara 6.45% p.a hingga 6.95% p.a.
  • Pelanggan berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tamat tempoh pembiayaan atau tempoh persaraan yang mana lebih dahulu.

Dokumen Yang Diperlukan

Sebelum membuat permohonan pinjaman, dokumen berikut mesti anda siapkan terlebih dahulu:

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Surat pengesahan kerja dari majikan.
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (sama seperti pada slip gaji yang disertakan).
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.

Fi dan Caj

Pihak Agrobank akan mengenakan caj untuk setiap pinjaman peribadi AgroCash-i.

Berikut iaitu senarai caj yang dikenakan oleh pihak Agrobank untuk AgroCahs-i:

  • Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
  • Caj proses sebanyak RM3.00 (bayaran broker) akan ditolak dari jumlah pinjaman.
  • Caj duti setem sebanyak 0.5%.
  • Caj insurans Takaful sebagai pilihan sekiranya anda berdaftar dengan Skim Takaful Kredit melalui panel Takaful Agrobank atau Skim Takaful pilihan anda.
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan, sekiranya anda lewat membuat pembayaran.

Walaupun banyak bank dan institusi kewangan menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi.

Sebagai calon pemiutang, anda harus mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai perkhidmatan ini.

Semoga permohonan pinjaman peribadi Agrobank anda dapat disetujui dengan cepat. 😀


Senarai Pinjaman Terkini: