Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online

Penyata bank sebenarnya sangat penting untuk urusan seperti urusan loan rumah dan loan peribadi.

Pemberi pinjaman selalu bertanya penyata bank ke mana gaji kita pergi untuk bukti transaksi dalam akaun bank.

Terdapat beberapa cara untuk melihat penyata akaun Maybank tanpa perlu pergi ke bank untuk mencetak buku simpanan yang boleh anda lakukan.

Tetapi anda perlu ketahui, tidak semua sejarah transaksi akaun Maybank dapat memaparkan data secara penuh.

Contoh: Jika anda menggunakan Mobile Banking Maybank, ia hanya boleh digunakan untuk melihat sejarah akaun selama 7 hari sahaja.


Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Berikut terdapat beberapa cara yang dapat anda gunakan untuk dapatkan penyata bank Maybank, iaitu:

1. Cara Print E-Statement Maybank Online

Cara Print E-Statement Maybank Online

Sebelum anda boleh dapatkan penyata akaun Maybank, anda harus mempunyai akaun yang berdaftar dahulu.

Jika anda sudah mempunyai akaun berdaftar, sila ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi maybank2u.com.my.
  • Kemudian, pilih menu e-Bills & Statements.
  • Bergantung pada e-statement yang Anda cari, pilih Statement untuk Akaun Simpanan/Semasa/Akaun Pelaburan, Bills & Cards untuk Kad Kredit atau Loans untuk akaun Pinjaman/Pembiayaan Peribadi, Sewa Pembelian & Lain-lain Pinjaman/Pembiayaan.
  • Pilih akaun/kad pilihan anda dengan mengklik View.

Kelebihan semak akaun Maybank dalam talian melalui Maybank2u iaitu:

  • Anda dapat melihat transaksi masuk dan keluar yang lengkap termasuk dapat melihat siapa yang transfer ke akaun Maybank anda.
  • Anda hanya dapat melihat nama penghantar akaun, tarikh, dan amaun, sementara nombor akaun penghantar wang itu tidak dapat diketahui.

2. Cara Langgan Penyata Bank Maybank Online

Cara Langgan Penyata Bank Maybank Online

Untuk dapat langgan penyata bank Maybank Online, sila ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Pertama sekali, log masuk Maybank2u.
  • Kemudian, pilih e-Bills & Statements.
  • Seterusnya, anda pilih Statements.
  • Pilih alamat Emel yang ingin digunakan untuk tujuan penerimaan penyata.
  • Masukkan Kata Laluan.

3. Cara Dapatkan E-Statement Maybank Mobile Banking

Cara Dapatkan E-Statement Maybank Mobile Banking

Sila muat turun dahulu aplikasi mobile banking Maybank di Google Playstore atau App Store.

Kemudian, sila ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Sila buka aplikasi Maybank2u di telefon bimbit anda.
  • Masukkan Username dan Kata Laluan.
  • Pilih menu Statement untuk melihat penyata akaun Maybank anda.
  • Klik menu View untuk melihat secara detail.

Itulah pelbagai cara bagaimana nak dapatkan penyata bank Maybank dengan cepat dan pantas.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat. 😀