Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penangguhan pembayaran balik pinjaman bank yang diberikan khusus kepada peminjam komersial dan individu yang terjejas akibat penularan virus korona atau covid-19.
Penangguhan bayaran balik pinjaman bank bermula daripada penangguhan pembayaran kredit atau ansuran pinjaman sehingga 6 bulan.
Penangguhan pembayaran balik pinjaman bank, yang juga dikenali sebagai moratorium, boleh membantu anda meringankan beban membayar balik berikutan PKP yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.
Penangguhan ini tidak dilakukan secara automatik, anda sebagai peminjam perlu memohon penangguhan bayaran balik pinjaman bank secara manual.
Contents
Senarai Bank Yang Menawarkan Penangguhan Pinjaman Balik
Terdapat beberapa bank yang memberikan pengangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan.
Berikut adalah senarai bank yang menawarkan penangguhan pinjaman balik, iaitu:
Nombor | Nama Bank | Nombor Telepon |
---|---|---|
1 | CIMB/CIMB Islamic | 03-62047788 |
2 | Maybank/Maybank Islamic | 1-300-88-6688 |
3 | Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic | 03-76268899 |
4 | Affin Bank/Affin Islamic | 03-82302222 |
5 | AmBank | 03-21788888 |
6 | Bank Islam | 03-26900900 |
7 | Standard Chartered Saadiq | 1-300-88-8888 |
8 | Alliance Bank | 03-55169988 |
9 | Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) | 03-26113888 |
10 | SME Bank | 03-26037700 |
11 | AIBIM | 03-20268002 |
12 | Bank Simpanan Nasional (BSN) | 1300-88-1900 |
13 | Agrobank | 1-300-88-2476 |
14 | Bank Muamalat | 1-300-88-8787 |
15 | Bank Rakyat | 1-300-80-5454 |
16 | HSBC Amanah | 1-300-88-2626 |
17 | Public Bank | 1-800-22-5555 |
18 | OCBC Al Amin Bank Berhad | 03-83149310 |
19 | MBSB Bank | 03-20963000 |
20 | RHB Bank/RHB Islamic | 03-9206 8118 |
Dokumen Untuk Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank
Berikut adalah senarai dokumen yang Anda perlukan untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik bank.
Untuk Pemilik Perniagaan | Untuk Individu |
---|---|
Penyata bank sebelum dan selepas Covid-19 | Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran/pengurangan OT/gaji dilucutkan) |
Jualan bulanan sebelum dan selepas Covid-19 | Slip gaji yang menunjuk pengurangan sebelum dan selepas Covid-19 |
Pesanan atau tempahan yang dibatalkan | Penyata bank sebelum dan selepas Covid-19 |
Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank
Untuk mohon penangguhan bayaran pinjaman bank, sila ikuti langkah-langkahnya berikut:
- Pergi ke bank tempat anda membuat pinjaman atau hubungi pihak bank yang terlibat.
- Bagitau pegawai bank bahawa anda mahu buat penangguhan bayaran pinjaman.
- Pihak bank akan berikan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
- Jika anda bersetuju dengan jadual dan terma tersebut, anda boleh menyatakan persetujuan.
- Jika anda tidak bersetuju, langkah lain yang boleh diambil iaitu menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau memohon bantuan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.
Ramai rakyat Malaysia yang hilang punca pendapatan, kerana terjejas oleh virus covid-19.
Semoga virus covid-19 cepat hilang sehingga kewangan anda membaik semula.