Nombor pinjaman PTPTN yang terlupa sering dialami oleh ramai orang. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang terlupa nombor pinjaman PTPTN.
Mungkin, dalam jangka masa yang panjang tidak membuka akaun PTPTN secara dalam talian dan tidak mengingat nombor itu lagi.
Jika ini berlaku kepada anda, pihak PTPTN telah menjangkakanya melalaui 4 pilihan yang berbeza untuk mendapatkan nombor pinjaman anda dengan segera.
Tenang, jangan panik! Nombor akaun pinjaman PTPTN anda pasti akan berjumpa kembali jika anda mengikuti langkah-langkah berikut.
Contents
Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN
Jika anda sudah mempunyai akaun PTPTN Online, maka anda boleh cuba cara berikut untuk semak nombor pinjaman PTPTN:
- Pertama sekali, lawati laman web rasmi PTPTN.
- Kemudian, sila masuk menggunakan Akaun PTPTN anda.
- Selepas tu, anda pilih menu Penyata Baki.
- Seterusnya, klik pada menu Pendaftaran Untuk Direct Debit.
- Klik Permohonan Baharu.
- Kemudian, anda klik Mohon.
- Maka, maklumat pinjaman akan terlihat beserta nombor pinjaman anda.
Cara Dapatkan Nombor Pinjaman PTPTN
Cara berikut boleh anda cuba, jika dahulu anda mendaftar PTPTN secara manual dan anda masih menggunakan emel yang sama semasa buat akaun PTPTN dahulu.
- Pertama sekali, sila layari laman web rasmi PTPTN.
- Kemudian, pilih Terlupa Kata Laluan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Selepas tu, anda Tick I’m not a robot, klik Teruskan.
- Sila buka emel yang berdaftar di perkhidmatan PTPTN (Emel anda yang dahulu didaftarkan semasa buat akaun PTPTN).
- Sila buat Kata Laluan Baharu, kemudian Login.
- Seterusnya, anda klik menu Penyata Baki.
- Klik menu Pendaftaran Untuk Direct Debit.
- Kemudian, klik Permohonan Baharu.
- Selepas tu, akan keluar nama dan IC anda. Klik Mohon.
- Maka, maklumat nombor baki pinjaman PTPTN anda akan terlihat, sila salin dan simpan nombor.
Careline PTPTN
Kewajipan Careline PTPTN untuk membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan nombor PTPTN.
- Hubungi Careline PTPTN di nombor 0321933000.
- Anda akan diarahkan kepada perunding Careline PTPTN.
- Maklumkan kepada perunding Careline, anda ingin mempunyai nombor PIN atau nombor pinjaman anda.
- Perunding Careline akan menanyakan beberapa soalan untuk pengesahan.
- Setelah disahkan, perunding Careline akan memberi anda nombor PIN atau nombor pinjaman.
WhatsApp PTPTN
Anda dapat menghubungi pihak PTPTN melalui aplikasi Whatsapp PTPTN.
Sila pilih negeri di Malaysia, seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, dan lain-lain.
Setelah tu sila klik pautan WhatsApp tersebut, secara automatik anda akan terhubung kepada nombor tersebut.
Itulah beberapa langkah-langkah cara dapatkan nombor pinjaman PTPTN yang boleh anda cuba.
Semoga dapat membantu dan juga berjaya. 😀