Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Lupa Nombor Akaun Bank Islam

Bagaimana nak tahu nombor akaun bank Islam jika buku simpanan hilang?

Kadang-kadang kerana keperluan tertentu, anda perlu memaklumkan nombor akaun anda ada kepada orang lain.

Mungkin kerana ingin menerima wang atau transfer wang dan lain-lain.

Nombor akaun terdiri daripada beberapa angka yang agak panjang. Dan, ramai orang tidak boleh menghafal nombor itu.

Apabila anda membuka akaun di bank, anda pasti diberi nombor akaun. Nombor akaun biasanya disimpan dalam resit deposit dan buku simpanan.

Oleh itu, apabila anda ingin tahu nombor akaun, sila buka buku simpanan. Masalahnya, apabila buku simpanan hilang atau terlupa menyimpannya macam mana?

Tetapi tenang sahaja, anda masih boleh mengetahui nombor akaun bank Islam anda dengan cepat dan mudah.


 

 

Lupa Nombor Akaun Bank Islam

1. ATM Bank Islam

ATM Bank Islam

Jika buku simpanan bank Islam hilang, maka anda boleh menggunakan ATM sebagai cara untuk mendapatkan maklumat akaun bank Islam.

ATM bukan sahaja berfungsi untuk pengeluaran wang tunai, semak baki bank islam, atau transfer wang.

Tetapi, anda boleh menggunakan ATM sebagai alat untuk mendapatkan nombor akaun anda.

Berikut langkah-langkah untuk check nombor akaun bank Islam:

  • Pertama sekali, sila lawati ATM Bank Islam terdekat.
  • Masukkan Kad ATM anda ke mesin ATM.
  • Kemudian, anda masukkan PIN.
  • Pilih menu Statement/Penyata.
  • Maklumat nombor akaun bank Islam anda akan terpapar di skrin.

 

2. Online Banking Bank Islam

Online Banking Bank Islam

Apabila anda mempunyai akaun internet banking bank Islam, anda boleh cek nombor akaun melalui laman My Account/Maklumat akaun.

Sebelum itu, sila login ke laman www.bankislam.biz dengan memasukkan username dan password yang anda miliki.

Tetapi, sekiranya anda belum mempunyai akaun Bank Islam online banking, sila daftar dahulu.

 

3. Mobile Banking Bank Islam

Mobile Banking Bank Islam

Mobile banking (GO by Bank Islam) juga boleh difungsikan untuk mengetahui nombor akaun bank.

Caranya, sila login dan masuk ke menu Account Information/My Accounts. Pada laman tersebut anda dapat melihat nombor akaun bank Islam.

 

4. Hubungi Bank Islam

Hubungi Bank Islam

Setiap bank memiliki nombor call center yang boleh dihubungi pada bila-bila masa. Sila hubungi perkhidmatan call center melalui nombor berikut:

  • General Line : +603 2088 8000
  • Contact Centre : +603 26 900 900

Sila maklumkan masalah anda kepada pegawai bank, sehingga mereka boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

 

5. Pejabat Bank Islam

Pejabat Bank Islam

Sekiranya anda mahu, sila pergi ke pejabat bank Islam terdekat untuk membuat buku simpanan baharu jika buku tersebut rosak atau hilang.

Selepas itu, anda akan mendapatkan nombor akaun bank Islam anda pada buku simpanan tersebut.

Sila bawa IC atau kad pengenalan dan kad ATM untuk mempercepat proses pembuatan buku simpanan baharu.


Itulah maklumat terkini mengenai Cara Check Nombor Akaun Bank Islam Terlupa yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀