Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect

Connect Online dibuka kepada semua pelanggan perbankan runcit Hong Leong Bank Berhad (HLBB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) yang mempunyai akaun aktif.

Dengan menggunakan perkhidmatan online banking Hong Leong Connect, anda boleh menjimatkan masa dan kos.

Tiada bayaran/caj yang dikenakan untuk menggunakan Hong Leong Connect.

Walau bagaimanapun, bayaran perkhidmatan perbankan lain dikenakan bagi transaksi seperti Interbank GIRO (IBG), Pindahan Segera, Pembayaran Bil, Pemberhentian Cek, dan Permintaan Penyata.

Bagaimana, jika terlupa kata laluan atau tidak boleh log masuk ke akaun Hong Leong Connect?

Bagi menyelesaikan masalah tidak boleh log masuk, berikut cara set semula kata laluan Hong Leong Connect secara online.


Tidak Boleh Log Masuk Hong Leong Connect

Tidak Boleh Log Masuk Hong Leong Connect

Terdapat 2 kemungkinan yang berlaku jika anda tidak boleh log masuk akaun Hong leong Connect, iaitu:

  • Anda salah masukkan kata laluan dan nama pengguna atau kedua-duanya.
  • Anda tidak login selama 12 bulan dan menjadi dorman.

Jika anda tidak log masuk selama 12 bulan dan menjadi dorman, sila pergi ke cawangan mana pun untuk meminta ID Sementara.

Tempoh sah untuk ID Sementara yang diberikan adalah 3 hari.


Keperluan Reset Kata Laluan Hong Leong Connect

Keperluan Reset Kata Laluan Hong Leong Connect

Sila siapkan keperluan berikut untuk set semula kata laluan akaun Hong Leong Connect anda, iaitu:

  • Nombor kad pengenalan atau pasport anda sebagai pengenalan diri.
  • Kad debit anda dan nombor PIN 6 digit.
  • Untuk menetapkan semula menggunakan akaun anda, sila kunjungi cawangan manapun untuk meminta ID sementara.
  • Anda boleh menggunakan semula nama pengguna semasa anda atau membuat nama pengguna baharu. Walau bagaimanapun, anda perlu membuat kata laluan baharu.
  • Panjang nama hendaknya 8 hingga 16 aksara, dengan gabungan huruf dan angka.

Contoh: Noordian123


Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect

Berikut adalah langkah-langkah yang mesti anda lakukan untuk dapatkan semula akaun Hong leong Connect, iaitu:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi https://s.hongleongconnect.my.
  • Kemudian, klik Forgot Username/Password.
    Cara ke-1 Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect
  • Pilih pada produk yang anda miliki untuk set semula butiran akaun Connect anda. Jika anda mempunyai lebih daripada satu produk, sila pilih Kad Debit.
    Cara ke-2 Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect
  • Pilih Jenis Pengenalan (Nombor KP Baharu, Nombor Pasport, Nombor Pendaftaran Perniagaan atau Nombor KP Asing) dan masukkan Nombor Pengenalan, klik Seterusnya.
    Cara ke-3 Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect
  • Pastikan nombor telepon anda betul, kerana TAC 6 angka akan dihantarkan ke nombor telepon yang berdaftar.
  • Selepas tu, anda masukkan Kod TAC.
  • Kemudian, buat identiti baharu.
  • Sila pilih soalan keselamatan.
  • Tahniah, anda berjaya reset kata laluan Hong Leong Connect.

Itulah maklumat terkini mengenai Cara Dapatkan Kata Laluan Hong Leong Connect Terlupa yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda. 😀