Kemaskini No Telefon Maybank Online

Dengan menggunakan perkhidmatan Maybank2u, anda boleh melakukan perbankan aktiviti bila-bila masa dan di mana sahaja.

Bentuk transaksi perbankan yang dapat dilakukan melalui M2U termasuk menyemak baki, transfer antara akaun atau antara bank, dan pembayaran dalam talian.

Adakah anda ingin kemaskini no telefon Maybank online, tapi tak tahu caranya?

Berikut kami kongsi cara tukar no telefon Maybank online untuk keperluan TAC.

Apa Itu TAC?

Transaction Authorization Code (TAC) iaitu kod 6 digit yang unik yang memberikan lapisan pengesahan identiti tambahan sebelum anda dibenarkan melakukan transaksi tertentu dalam talian.

TAC anda hanya dapat digunakan untuk satu transaksi sahaja.

Anda perlu meminta TAC lain untuk melakukan transaksi lain yang memerlukan TAC.

First Time Registration

Bagi anda yang belum mendaftarkan nombor telefon bimbit untuk TAC Maybank, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Lawati mana-mana cawangan Maybank.
  • Lengkapkan borang Electronic Banking Services (EBS).
  • Pegawai bank akan proses TAC.

Tukar Nombor Telefon TAC Maybank di ATM

Jika anda ingin kemaskini no telefon Maybank online, boleh gunakan mesin ATM Maybank.

Sila anda ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Masukkan kad ATM dan nombor PIN.
  • Pada Menu Utama, pilih Makluman Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts Other.
  • Pilih Kemas kini M2U TAC Mobile / Update M2U TAC Mobile.
  • Sistem akan memaparkan nota amaran: Sila daftarkan nombor telefon bimbit anda sendiri dan bukan pihak ketiga untuk melindungi transaksi perbankan internet anda.
  • Masukkan nombor telefon bimbit baharu.
  • Selesai.

Kemaskini No Telefon TAC Maybank di Cawangan

Sila lawati ke cawangan Maybank terdekat untuk kemaskini TAC. Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Lawati mana-mana cawangan Maybank.
  • Lengkapkan borang permohonan kemas kini/ubah nombor telefon bimbit TAC.
  • Kakitangan akan terus mendaftar TAC.

Prosedur Untuk Mendapatkan Nombor TAC

Cara menggunakan TAC untuk transaksi adalah sebagai berikut:

  • Pertama sekali, masuk ke Maybank2u.
  • Untuk transaksi terpilih yang memerlukan TAC, pilih butang Request TAC.
  • Mesej akan dipaparkan memberitahu pelanggan, kod TAC akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Masukkan nombor TAC 6 digit yang diterima melalui SMS/Mesej.

Prosedur Untuk Mendapatkan TAC Jika Berada di Luar Negara

Jika anda berada di luar negara dan mahu mendapatkan TAC, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, anda dail (603) 78443696.
  • Kemudian, anda pilih Bahasa.
  • Tekan 0 (Cakap dengan Ejen Pusat Panggilan).
  • Ejen Pusat Panggilan untuk mengesahkan identiti pemanggil.
  • Maybank akan menghantar emel kepada pelanggan.
  • Pelanggan mesti melengkapkan dan membalas emel dengan dokumen sokongan.
  • Permohonan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja.

Itulah maklumat terkini bagaimana nak kemaskini nombor telefon Maybank online.

Semoga maklumat yang kami kongsi di atas bermanfaat bagi anda. 😀