Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Kad Maybank Hilang

Kad ATM adalah antara barang yang sering dibawa bersama dompet.

Kerana, kad debit/kredit digunakan untuk mengambil atau mengeluarkan wang tunai pada simpanan anda pada bila-bila masa.

Pada masa ini, ramai korang lebih suka membawa kad ATM daripada wang tunai.

Kerana sering dibawa, kemungkinan kehilangan kad ATM juga ada. Seperti jatuh, ditelan mesin ATM, atau dicuri orang lain.

Membawa kad ATM mempunyai lebih banyak kelebihan daripada membawa wang tunai. Kenapa? Kad ATM mempunyai PIN.

Walaupun ATM jatuh ke tangan orang lain, selagi orang tersebut tidak tahu PIN, kad ATM tidak dapat digunakan.

Selain tu, anda boleh menggunakan kad ATM untuk bayaran barang yang anda beli, transfer wang, dan topup kredit di mesin ATM.

Lantas, bagaimana cara nak mohon kad ATM Maybank hilang? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.


 

 

Prosedur Kad Maybank Hilang

Prosedur Kad Maybank Hilang

Kehilangan kad ATM tentu akan membuat anda merasa risau, takut wang yang ada dalam akaun hilang.

Selain itu, anda juga tidak boleh mengeluarkan wang di mesin ATM.

Ramai korang yang tanya adakah denda kad maybank hilang?

Untuk kad ATM/debit, caj RM12 akan dikenakan untuk penggantian kad disebabkan hilang.

Jika buku hilang, adakah saya tidak boleh membuat pengeluaran di kaunter? Tanpa membawa buku akaun simpanan/semasa?

Anda masih boleh melakukan pengeluaran menerusi kaunter dengan pengesahan cap jari bersama kad pengenalan asal.

Untuk makluman, pemegang akaun perlu berkunjung ke cawangan asal Maybank bagi akaun tersebut untuk mendapatkan buku akaun yang baharu.

Caj penggantian buku akaun yang baharu sebanyak RM15.90 (termasuk 6% GST) untuk satu buku.


 

 

Cara Mohon Kad Maybank Baharu

Cara Mohon Kad Maybank Baharu

Bagaimana nak dapatkan kad Maybank baharu? Berikut langkah-langkah yang perlu anda lakukan, iaitu:

  • Jika kad Maybank hilang, hal pertama yang perlu anda lakukan iaitu menyekat kad tersebut dengan cara hubungi customer service Maybank di nombor 1300886688, sekiranya anda berada di luar negara Malaysia sila hubungi +60378443696 (Overseas).
  • Sila sampaikan, jika kad debit Maybank hilang, pihak bank akan segera menyekat akaun anda, sehingga baki akaun boleh selamat.
  • Sila siapkan dokumen: Kad pengenalan, buku bank, dan sejumlah wang untuk kos gantian kad baharu. Kos untuk membuat kad gantian baharu Maybank iaitu RM15.00 sahaja.
  • Seterusnya, sila pergi ke cawangan Maybank berdekatan, untuk membuat kad debit Maybank baharu.
  • Tidak perlu menunggu masa lama, kad maybank baharu boleh langsung digunakan.

Itulah beberapa maklumat terkini mengenai Prosedur Buat Kad Baharu Kalau Kad Maybank Hilang yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀