Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Kad Bank Rakyat Hilang

Kad bank Rakyat hilang memang salah satu perkara yang sering berlaku.

Terlupa tempat meletakkan atau menjatuhkan dompet adalah sebab yang paling biasa.

Sekiranya anda mengalami perkara ini, sebenarnya anda tidak perlu risau.

Sila lakukan langkah-langkah berikut untuk mendapatkan kad pengganti Bank Rakyat yang baharu.

Tetapi, sebilangan pelanggan sering keliru dan bimbang simpanan mereka akan habis.

Oleh itu, perbincangan mengenai cara mengurus ATM Bank Rakyat yang hilang menjadi penting.


 

 

Prosedur Kad Bank Rakyat Hilang

Prosedur Kad Bank Rakyat Hilang

Langkah pertama yang perlu anda lakukan selepas kehilangan kad debit atau kredit Bank Rakyat iaitu melakukan block kad atau sekat kad ATM tersebut.

Bagaimana nak block kad ni, mudah ke?

Jawapannya mudah sahaja, sila hubungi perkhidmatan customer service Bank Rakyat di nombor tele-RAKYAT 13008812265 atau 0326924600, seterusnya cakap kalau anda kehilangan kad Bank Rakyat.

Pegawai bank akan segera membantu anda untuk menyekat kad ATM tersebut sehingga wang dalam baki simpanan anda selamat.

Untuk membuat gantian kad bank Rakyat yang hilang sehingga digantikan dengan kad ATM baharu, anda perlu membawa kad pengenalan dan buku simpanan.

Anda tidak perlu pergi ke polis untuk membuat sijil kehilangan, tetapi sila bawa kad pengenalan dan buku bank anda sahaja.

Selain membawa buku bank dan kad pengenalan, anda juga perlu membawa sejumlah wang untuk kos pembuatan kad bank Rakyat baharu sebesar RM12.00 dan biaya duti setem.

Prosedur ini berlaku juga untuk anda yang kehilangan buku bank atau buku simpanan, kad bank Rakyat rosak, kad bank Rakyat dicuri, terlupa nombor PIN, dan lain-lain.


 

 

Cara Mohon Kad Bank Rakyat Baharu

Cara Mohon Kad Bank Rakyat Baharu

Cara mohon kad gantian baharu bank Rakyat mudah sahaja, sila ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Sila kunjungi pejabat cawangan bank Rakyat yang terdekat pada hari dan waktu bekerja.
  • Setelah tiba di pejabat cawangan, sila ambil nombor giliran terlebih dahulu. Pastikan anda mengambil nombor giliran perkhidmatan pelanggan, bukan perkhidmatan Teller.
  • Selepas nama anda dipanggil oleh perkhidmatan pelanggan, beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa anda ingin buat kad ATM baru kerana kad ATM lama anda telah hilang.
  • Anda akan diminta sejumlah wang untuk biaya gantian kad ATM baharu. Caj pembuatan kad baharu RM12.00 dan duti setem.
  • Proses terakhir adalah pembuatan PIN kad bank Rakyat.
  • Selepas tu, anda akan mendapatkan kad bank Rakyat baharu dan boleh digunakan semula.

Proses membuat kad ATM Bank Rakyat baharu mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Kad ATM baru yang anda buat boleh digunakan secara langsung untuk membuat pelbagai transaksi seperti pengeluaran tunai, pemindahan wang, dan pembayaran bil.

Simpan kad ATM baharu anda di tempat yang selamat, jangan sampai anda cuai lagi.


Itulah beberapa maklumat terkini mengenai Prosedur Buat Kad Baharu Kalau Kad Bank Rakyat Hilang yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀