Kad ATM BSN Disekat

Penggunaan kad ATM telah digunakan secara meluas, terutama di Malaysia. Hampir semua wilayah mempunyai kemudahan mesin ATM.

Salah satunya iaitu Bank BSN, yang terus berinovasi untuk memberikan kemudahan transaksi untuk semua pelanggannya.

Salah satu kemudahan yang sering digunakan oleh pelanggan Bank BSN adalah mesin ATM.

Anda perlu tahu, bahawa kad ATM BSN dapat disekat secara automatik jika anda memasukkan PIN yang salah 3 kali berturut-turut.

Kemudian, kad ATM tidak dapat digunakan untuk melakukan transaksi pengeluaran wang, pemindahan wang, dan memeriksa baki akaun.

Terdapat beberapa masalah yang biasanya dialami oleh pengguna mesin ATM seperti kad ATM disekat, terlupa PIN, dan kad BSN hilang.

Oleh kerana itu, bagi anda yang sering menggunakan kad ATM untuk berhati-hati ketika menggunakannya, jangan cuai.


 

Syarat Aktifkan Semula Akaun BSN

Syarat Aktifkan Semula Akaun BSN

Berikut syarat dan dokumen yang diperlukan untuk mengaktifkan semula akaun BSN, iaitu:

  • IC atau Kad Pengenalan.
  • Buku Bank.
  • Duit RM20 (kos pentadbiran) jika ada.
  • Kad ATM BSN.

 

Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Untuk mengaktifkan semula akaun BSN, anda mesti pergi ke mana-mana cawangan bank terdekat dengan membawa syarat yang dinyatakan diatas.

  • Setelah anda berada di cawangan Bank BSN, bagi tahu pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan semula akaun bank BSN.
  • Pegawai bank BSN akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  • Sila tunggu beberapa 5-10 minit, pegawai bank akan aktifkan akaun BSN anda.
  • Sekarang akaun bank BSN anda boleh digunakan semula.

 

Kad ATM BSN Disekat

Kad ATM BSN Disekat

Kad ATM BSN disekat boleh berlaku kerana kesalahan anda, salah satunya iaitu salah masukan PIN ATM beberapa kali.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, sila ikuti panduan cara unblock kad ATM BSN berikut ini:

  • Anda boleh terus menghubungi perkhidmatan pusat panggilan bank BSN melalui telefon.
  • Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 atau +603-26131900 (Luar Negeri).
  • Pastikan terdapat kredit yang cukup di telefon anda.
  • Yang perlu anda sediakan, kad debit/kredit, kad pengenalan, dan buku bank.
  • Kemudian, pegawai bank BSN akan menanyakan beberapa soalan mengenai data pribadi dan buku bank anda untuk pengesahan data.
  • Soalan yang biasanya diajukan oleh kekitangan pusat iaitu, nombor akaun, nama penuh, alamat rumah, nombor kad ATM BSN, dan nama ibu.
  • Selesai anda memberi jawapan, kad ATM BSN anda yang disekat boleh digunakan kembali.

NOTA: BSN sedia membantu anda 24 jam sehari.


 

Kad ATM BSN Hilang

Kad ATM BSN Hilang

Macam mana jika kad ATM BSN saya hilang, apa perlu saya buat?

Sekiranya kad debit ATM BSN Anda hilang, sila ikuti panduan cara dapatkan semula kad ATM BSN yang hilang berikut:

  • Pergi ke mana-mana cawangan bank BSN terdekat dengan membawa kad pengenalan, buku bank dan duit RM20.
  • Bagitahu pegawai bank BSN bahawa anda ingin dapatkan kad ATM baru.
  • Pegawai bank akan meminta anda menyerahkan dokumen seperti kad pengenalan dan buku bank.
  • Pegawai bank akan buat baru dan kemaskini kad ATM BSN anda.
  • Sila bayar kos pembuatan kad ATM BSN.
  • Tahniah, sekarang anda sudah mempunyai kad ATM BSN baharu.

Itulah senarai cara aktifkan semula akaun BSN, cara unblock kad ATM BSN disekat dan cara dapatkan kad BSN baharu jika kad ATM BSN anda hilang.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu 😀

 

Leave a Comment