Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

IBG Transfer Maybank Berapa Hari?

Memindahkan wang melalui sistem perbankan adalah aktiviti yang sering dilakukan.

Walau bagaimanapun, sebahagian orang tidak memahami mekanisme pemindahan wang beza bank atau berlainan bank.

Terdapat juga pemindahan wang kepada seseorang, tetapi perlu masa dua hari untuk wang itu masuk ke akaun penerima.


IBG Transfer Maybank Berapa Hari

IBG Transfer Maybank Berapa Hari

Perkhidmatan IBG (Interbank Giro) Maybank membolehkan anda untuk memindahkan dana ke semua jenis akaun di bank lain.

Kerana, perkhidmatan IBG tersedia 7 hari seminggu, dari jam 4:30 pagi hingga 12:00 pagi (tengah malam).

Anda boleh melakukan pemindahan ke pihak anda sendiri atau pihak ketiga (akaun simpanan dan semasa sahaja) di bank yang mengambil bahagian.

Pemindahan ke akaun business dibenarkan. Pindahan ke akaun syarikat penerima di bawah Maybank tidak dibenarkan.

Selain tu, anda juga boleh membuat pembayaran kad kredit kepada:

  • Alliance Bank.
  • AmBank.
  • Bank Islam.
  • Bank Simpanan Nasional Bhd.
  • CIMB Bank.
  • CitiBank.
  • Eon Bank.
  • Hong Leong Bank.
  • HSBC.
  • Public Bank.
  • RHB Bank.
  • OCBC Bank.
  • Standard Chartered.
  • United Oversaes Bank Berhad.

Sementara, pembayaran pinjaman dapat dilakukan kepada:

  • Affin Bank/Affin Islamic Bank.
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.
  • Citibank.
  • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad.
  • Eon Bank.
  • Hong Leong Bank.
  • HSBC.
  • OCBC Bank Malaysia.
  • Public Bank, RHB (tidak termasuk Sewa Beli).
  • United Oversaes Bank Berhad.

Harap Maklum: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia tidak menerima pemindahan dana dalam talian untuk pembayaran balik Ar-Rahnu dan Az-Zahab.

Jika anda mahu memindahkan wang lebih dari RM30.000, anda perlu melakukan transaksi lain pada keesokan harinya atau anda juga boleh melakukan pemindahan melalui ATM.


Jadual IBG Transfer Maybank

Jadual IBG Transfer Maybank

Bilakah wang akan sampai ke akaun penerima? Sila lihat maklumat jadual Interbank Giro Maybank berikut:

Transfer Day Transfer Time IBG Status
Monday – Friday Before 5:00 am By 11:00 am Same day
Monday – Friday 5:00 am – 8:00 am By 2:00 pm Same day
Monday – Friday 8:01 am – 11:00 am By 5:00 pm Same day
Monday – Friday 11:01 am – 2:00 pm By 8:20 pm Same day
Monday – Friday 2:01 pm – 5:00 pm By 11:00 pm Same day
Monday – Friday After 5:00 pm By 11:00 am,
next business day
By 5:00 pm, next business day
Saturday, Sunday, Federal Territory Public Holiday Anytime By 11:00 am,
next business day
By 5:00 pm, next business day

Nota:

Untuk transaksi Interbank GIRO antara bank yang tidak berjaya yang dilakukan pada hari yang sama pada jam 5:00 petang,

Pelanggan akan menerima dana pada hari bekerja berikutnya pada jam 11:00 pagi, dalam keadaan biasa.

Selepas melakukan transfer wang atau pemindahan dana, anda mungkin mahu memberitahu penerima bahawa anda telah memindahkan wang ke akaun penerima.

Untuk memberitahu penerima mengenai hal itu, anda boleh menghantar pemberitahuan melalui emel secara automatik semasa anda melakukan pemindahan.

Fungsi ini tidak dapat digunakan untuk Future Transfers. Atau, anda disyorkan untuk menghubungi atau menghantar faks kepada penerima.


Itulah senarai maklumat mengenai jadual IBG transfer Maybank dan IBG transfer Maybank.

Semoga perkongsian di atas boleh bermanfaat bagi anda. 😀