IBG Transfer Berapa Hari

X CLOSE
Advertisements
X CLOSE
Advertisements

Sekiranya anda bertanya, berapa lama wang masuk guna IBG Transfer? Jawapannya, boleh dilihat pada jadual berikut. Transfer wang melalui sistem perbankan adalah aktiviti yang sering kita lakukan.

Tetapi, kita tidak memahami mekanisme pemindahan wang antara bank, mengapa pemindahan ke akaun seseorang dengan bank yang berbeza mesti dikenakan caj?

Terdapat juga pemindahan wang kepada seseorang, tetapi dalam masa 2 hari wang baharu masuk ke akaun.

Transfer iaitu aktiviti perkhidmatan bank untuk memindahkan sejumlah wang sesuai dengan arahan pengirim untuk kepentingan seseorang yang ditunjuk sebagai penerima pindahan itu.

Dengan kemajuan teknologi, lebih mudah bagi anda untuk melakukan transfer wang dengan bank yang sama atau berlainan bank.

Sekiranya memindahkan wang ke akaun bank yang sama (Maybank ke Maybank), prosesnya cepat dan percuma.

Sebaliknya jika transfer wang yang berlainan bank, maka prosesnya memerlukan masa dan akan dikenakan caj.

Di Malaysia terdapat beberapa mekanisme yang digunakan untuk transfer wang, iaitu IBG (Interbank Giro) dan IBFT (Instant Transfer).


 

 

Apa Itu IBFT (Instant Transfer)

Apa Itu IBFT

Instant Transfer iaitu proses pindahan wang secara “real time” dan caj yang dikenakan bergantung kepada pihak bank.

Caj yang dikenakan biasanya antara RM0.5 sampai RM4. Wang yang dihantar itu, akan langsung masuk ke akaun penerima dalam hitungan detik sahaja.


 

 

Apa Itu IBG Transfer

Apa Itu IBG Transfer

Interbank Giro (IBG) iaitu sistem pembayaran pindahan wang secara elektronik yang membenarkan pinjadahan wang antara dua institusi kewangan yang terdapat di Malaysia.

Contoh: IBG Transfer Maybank ke Bank BSN.

Wang yang dihantar menggunakan mekanisme IBG, akan mengambil masa kira-kira 1 hingga 4 jam atau lebih cepat.


 

 

IBG Transfer Berapa Hari

IBG Transfer Berapa Hari

Berikut adalah jadual IBG Transfer yang berlaku secara purata di Bank-Bank Malaysia.

Waktu Transaksi
(IBG Transfer)
Wang DiterimaBayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya
MasaHariMasaHari
Sebelum jam 5.00 pagi11.00 pagiHari yang sama5.00 petangHari yang sama
5.01 pagi – 8.00 pagi2.00 petangHari yang sama8.20 malamHari yang sama
8.01 pagi – 11.00 pagi5.00 petangHari yang sama11.00 malamHari yang sama
11.01 pagi – 2.00 petang8.20 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
2.01 petang – 5.00 petang11.00 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
Selepas 5.00 petang11.00 pagiHari bekerja seterusnya5.00 petangHari bekerja seterusnya

Contoh: Anda membuat pindahan wang dengan menggunakan IBG Transfer CIMB ke Bank Islam pada jam 11:00 pagi di hari Isnin, maka wang itu akan masuk pada hari yang sama iaitu Isnin juga.

Sila tunggu masa 1 hingga 4 jam, kemudian sila melakukan semak baki akaun bank Islam online untuk pastikan wang itu sudah masuk atau belum.

Bagaimana jika membuat pindahan wang jam 5:00 petang pada hari Isnin? Kemungkinan wang itu akan masuk esok hari (selasa) ke rekening.


 

 

Jumlah Maksimum Pindahan IBG Transfer

Jumlah Maksimum Pindahan IBG Transfer

Maksimum jumlah wang yang di transfer melalui IBG Transfer bergantung kepada bank berkenaan, jumlah maksimum bagi setiap pindahan wang iaitu RM1 juta.

Berdasarkan kepada jumlah wang yang terdapat di dalam akaun pelanggan, sekiranya pindahan wang itu anda lakukan di kaunter.

Jika anda membuat pindahan melalui perkhidmatan perbankan internet (online banking), jumlah maksimal iaitu di antara RM5,000 hingga RM10,000 (pengguna perbankan individu).

Bagi pelanggan korporat, sila semak dengan bank anda kerana terdapat bank yang tidak menetapkan had bagi setiap pindahan wang selagi pelanggan mempunyai wang yang secukupnya di dalam akaun syarikat.

Bolehkan kita memindahkan duit kepada mana-mana jenis akaun di bank yang berlainan?

Tentu sahaja boleh, anda boleh membuat pindahan duit ke akaun orang lain atau akaun milik anda sendiri.

Pindahan wang menggunakan IBG transfer boleh dilakukan untuk akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit, dan akaun pinjaman.


Itulah maklumat terkini mengenai IBG Transfer Berapa Hari dan Jumlah Maksimum Transfer yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀

eskisehir escort -
adana eskort