Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

IBG Transfer Bank Rakyat

Bank Rakyat mempunyai beberapa kemudahan yang tujuannya untuk membantu menyegerakan dan memudahkan pelbagai transaksi kewangan yang dijalankan oleh pelanggan.

Ini sudah tentu akan menjadi penyelesaian kepada jumlah transaksi kewangan yang tinggi dan aktiviti perbankan yang sibuk yang dijalankan oleh pelanggan.

Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Rakyat kepada pelanggannya ialah Interbank GIRO (IBG).

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan Interbank GIRO (IBG)? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.


Apa Itu Interbank Giro?

Apa Itu Interbank Giro

Interbank Giro (IBG) iaitu sistem pemindahan wang secara elektronik daripada pihak bank ke bank tanpa dokumen berbentuk fizikal seperti cek.

Perkhidmatan ini mengurangkan masa transaksi di antara akaun, terutama transaksi luar bandar.

Di antara transaksi yang dapat dilaksanakan dengan Interbank GIRO iaitu seperti berikut:

  • Pemindahan tunai kepada akaun di mana-mana bank yang menyertai IBG.
  • Pembayaran pinjaman dan kad kredit kepada mana-mana bank yang menyertai IBG.
  • Pemindahan tunai atau debit akaun simpanan sehingga RM1,000,000.00 setiap transaksi di kaunter.

Perkhidmatan IBG boleh di akses oleh individu atau syarikat melalui rakyat, ATM, dan kaunter bank.

Waktu beroperasi IBG transfer iaitu 24 jam untuk perkhidmatan iRakyat dan ATM. Sementara, kaunter bank berdasarkan waktu operasi bank (hari bekerja).

Namun begitu, terdapat yuran pemindahan yang berlaku. Bagi kaunter bank RM2, perkhidmatan iRakyat dan ATM iaitu RM0.10.


Jadual IBG Bank Rakyat

Jadual IBG Bank Rakyat

IBG Transfer Bank Rakyat berapa hari? Sila lihat maklumat jadual IBG Transfer Bank Rakyat berikut:

WAKTU TRANSAKSI TRANSFER DITERIMA OLEH PENERIMA WAKTU PEMULANGAN SEMULA TRANSAKSI (REFUND TIME)
Isnin-Jumaat Sebelum 5.00 pagi Hari yang sama pada 11:00 pagi pada 5:00 petang
Isnin-Jumaat 5:01 pagi – 8:00 pagi Hari yang sama pada 2:00 petang pada 8:20 petang
Isnin-Jumaat 8:01 pagi – 11:00 pagi Hari yang sama pada 5:00 pagi pada 11:00 petang
Isnin-Jumaat 11:01 pagi – 2:00 petang Hari yang sama pada 5:00 pagi pada 11:00 pagi, hari bekerja berikutnya
Isnin-Jumaat 2:01 petang – 5:00 petang Hari yang sama pada11:00 petang pada 11:00 pagi, hari bekerja berikutnya
Isnin-Jumaat Selepas 5:00 petang Hari yang sama pada 11:00 petang pada 5:00 petang, hari bekerja berikutnya
Hari Minggu (Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum) bila-bila masa Hari bekerja berikutnya pada 11:00 pagi pada 5:00 petang

IBG Transfer Bank Rakyat Berapa Hari

IBG Transfer Bank Rakyat Berapa Hari

Seperti terlihat pada jadual yang dinyatakan di atas, bahawa transaksi IBG berdasarkan jam bekerja.

Contoh:

Anda melakukan transaksi hari Isnin pada 2:01 petang, duit akan diterima oleh penerima pada hari yang sama (Isnin).

Jika anda melakukan transaksi hari minggu (Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum), duit diterima oleh penerima pada hari bekerja berikutnya.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454.

Itulah senarai maklumat mengenai Jadual IBG Transfer Bank Rakyat dan IBG Transfer Bank Rakyat.

Semoga perkongsian di atas boleh bermanfaat bagi anda. 😀