Harga Bateri Kereta Myvi – Adakah anda tahu bahawa kereta Perodua Myvi adalah kereta yang paling berjaya dalam sejarah Malaysia?
Ia bukanlah suatu yang menghairankan apabila anggaran satu juta unit kereta Perodua Myvi sedang digunakan di atas jalan raya sekarang ini.
Sungguh banyak! Tidak menghairankan bahawa model ini telah menjadi kereta paling laris selama 8 tahun berturut-turut.
Kerana Perodua Myvi merupakan pilihan popular di seluruh negara, kami akan kongsikan tentang jenis-jenis bateri kereta myvi harga yang terdapat di pasaran dan bateri mana yang sesuai untuk digunakan pada kereta ini.
Sebab Bateri Kereta Myvi Hampir Kong
Seperti yang telah dijangka, bateri kereta Myvi saya sudah hampir habis disebabkan beberapa faktor yang saya dapat meramalkannya, antaranya:
- Apabila hendak menyalakan enjin kereta, tahap elektriknya menjadi rendah. Biasanya jika anda menggunakan kereta setiap hari, anda pasti akan mengenali bunyi enjin ketika hendak menyalakan kereta.
- Enjin kereta mungkin memerlukan beberapa percubaan sebelum dapat dihidupkan, seperti memulakan enjin untuk kali ke-2 atau ke-3 sebelum ia berjaya dihidupkan.
- Isyarat yang menunjukkan bateri kereta mungkin muncul pada meter panel kereta untuk seketika setelah enjin dihidupkan.
- Waktu operasi bateri kereta sudah melebihi 2 tahun hingga 2 tahun setengah.
Jenis Bateri Kereta Myvi

Sebelum kita membincangkan bateri yang sesuai untuk Perodua Myvi, penting untuk anda memahami jenis-jenis bateri yang terdapat di pasaran terlebih dahulu kerana penjagaan bateri adalah salah satu perkara asas yang penting untuk diketahui oleh semua pemilik kereta.
Terdapat beberapa jenis bateri termasuk bateri sel basah, bateri sel kering, bateri gel dan bateri AGM.
1. Bateri Sel Kering
Bateri sel kering juga dikenali sebagai bateri bebas penyelenggaraan kerana tidak memerlukan penambahan air dalam bateri.
Pemilik hanya perlu memastikan sambungan terminal dan terminal bateri dalam keadaan baik. Biasanya, bateri sel kering dijual pada harga yang lebih mahal berbanding bateri sel basah.
2. Bateri Sel Basah
Bateri sel basah memerlukan penjagaan berkala seperti menambah air suling ke dalam bateri. Tahap air bateri perlu dikawal agar jangka hayat bateri dapat dicapai.
Kekerapan penambahan air bergantung pada cuaca dan penggunaan kereta. Biasanya, penambahan air suling perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
3. Bateri Gel
Bateri gel mempunyai jangka hayat yang lebih lama, iaitu antara 5 hingga 10 tahun berbanding bateri biasa.
Bateri ini juga merupakan bateri bebas penyelenggaraan dan dilengkapi dengan gel elektrolit yang lebih tebal untuk menjadikan bateri ini lebih selamat, mesra alam dan tahan lasak.
Oleh itu, harganya lebih mahal berbanding bateri bebas penyelenggaraan yang lain.
4. Bateri Absorbed Glass Mat (AGM)
Bateri AGM menggunakan pelapik kaca poros yang bertindak memerangkap elektrolit yang berbentuk cecair atau gel.
Kelebihannya termasuk bebas kebocoran, mempunyai jangka hayat yang lebih lama, kadar rintangan yang lebih rendah, kadar tidak balas terhadap perubahan yang lebih cepat dan berfungsi dengan baik pada suhu sejuk.
Senarai Harga Bateri Kereta Myvi
Berikut senarai harga bateri kereta myvi lama / terkini beserta kode dan jenis,
NS40ZL Sel Basah:

- Century Power – RM165
- Motolite Heavy Duty – RM145
NS40ZL Sel Kering:

- Century Marathoner – RM185
- Motolite Heavy Duty – RM170
- Amaron – RM205
- Varta – RM200
- Yokohama Gold – RM200
M42L:

- Century Marathoner – RM330
- Varta Silver Dynamic – RM320
- Amaron EFB – RM295
- Bosch EFB – RM300
- Camel EFB – RM310