Dokumen Untuk Renew Roadtax

imej cover dokumen untuk renew roadtax

Dokumen Untuk Renew Roadtax – Cukai jalan atau roadtax memainkan peranan penting dalam memastikan kenderaan dapat digunakan secara sah di jalan raya.

Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau roadtax dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada semua pemilik kenderaan yang berdaftar tanpa mengira jenis atau kelas kenderaan.

Pemilik kenderaan perlu memperbaharui cukai jalan sebelum ia tamat tempoh. Pemohon boleh memilih untuk memperbaharui cukai jalan untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahun, dan boleh dilakukan secara online atau offline.

Namun, ketika tiba saat untuk memperbaharui cukai jalan, ada beberapa individu, terutama mereka yang baru memiliki kenderaan, dan mengumpul dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax.

Oleh itu, untuk mengetahui dokumen untuk renew roadtax di jpj / dokumen untuk renew roadtax di pejabat pos, teruskan membaca artikel ini.

Dokumen Untuk Renew Roadtax Kereta

Renew roadtax kereta adalah proses penting yang memerlukan beberapa asas dokumen perlu dibawa untuk renew roadtax sebelum anda membuat lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) atau pejabat pos berdekatan.

Berikut adalah senarai dokumen diperlukan untuk renew roadtax:

  1. Kad pengenalan

Setiap orang yang ingin membuat roadtax di kaunter JPJ atau pejabat pos, wajib membawa kad pengenalan.

Sekiranya anda hadir sebagai pemilik kenderaan atau wakil kepada pemilik, pastikan anda membawa kad pengenalan sebagai tanda rekod pihak JPJ atau pejabat pos untuk menyimpan maklumat siapa yang membuat roadtax tersebut.

  1. Insurans kereta aktif

Pastikan insurans kereta yang ingin anda renew roadtax telah diaktifkan terlebih dahulu. Pihak kaunter akan dapat kenalpasti jika insurans anda belum diaktifkan dengan membuat semakan secara online.

  1. Nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan pemilik

Pastikan anda memberikan maklumat nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan pemilik kereta dengan betul.

Jika maklumat dokumen perlu untuk renew roadtax ini tidak sama seperti yang terdapat dalam polisi insurans dan geran kenderaan, proses renew roadtax tidak dapat dilakukan pada waktu itu.

  1. Polisi insurans

Walaupun tidak wajib, anda disarankan membawa polisi insurans atau covernote insurans yang telah diaktifkan untuk memudahkan sebarang urusan jika berlaku sebarang masalah.

Dokumen Untuk Renew Roadtax Motor

Untuk renew roadtax motor, dokumen diperlukan untuk renew roadtax motor iaitu:

  1. Lesen Memandu: Pastikan anda mempunyai lesen memandu yang sah dan berkuatkuasa. Jika anda mempunyai lesen memandu baru, pastikan ia telah diaktifkan dan dikaitkan dengan nombor kenderaan anda di sistem JPJ.
  2. Geran Kenderaan: Pastikan geran kenderaan anda sah dan mengandungi maklumat terkini kerana ia merupakan dokumen rasmi yang menunjukkan anda sebagai pemilik sah kenderaan anda.
  3. Insurans Kenderaan: Pastikan polisi insurans kenderaan anda masih sah dan tidak tamat tempoh. Anda perlu mengemukakan salinan polisi insurans semasa memperbaharui cukai jalan.
  4. Tanda Pendaftaran Kenderaan: Pastikan anda membawa tanda pendaftaran kenderaan semasa memperbaharui cukai jalan. Tanda ini dikeluarkan oleh JPJ semasa pendaftaran kenderaan anda.
  5. Salinan cukai jalan lama: Jika anda mempunyai cukai jalan yang tamat tempoh, anda perlu mengemukakan salinan cukai jalan lama semasa memperbaharui cukai jalan.

Pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan semasa memperbaharui cukai jalan anda.

Anda juga boleh memperbaharui cukai jalan secara online atau melalui perkhidmatan pos dengan mengisi borang dan melampirkan dokumen yang diperlukan.