Cara Tukar No Telefon CIMB

Keselamatan trasnsaksi iaitu satu perkara yang sangat penting, untuk mengekalkan keselamatan dalam setiap transaksi yang dibuat oleh pelanggan setiap bank.

Bank CIMB menerapkan pelbagai keselamatan, salah satunya menggunakan Transaction Authorisation Code (TAC).

Di mana kod tersebut di hantar ke nombor telefon pelanggan yang terdaftar pada CIMB Clicks.

Kod OTP diperlukan seperti anda mendaftarkan perkhidmatan di perbankan internet CIMB.

Lantas, bagaimana jika nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun simpanan bank atau ketika mendaftar sudah tidak aktif atau hilang?

Padahal kod TAC akan dihantar secara automatik ke nombor telefon yang anda daftarkan.

Sudah tentu anda perlu menukar nombor telefon yang telah didaftarkan.


Apa Itu TAC?

Transaction Authorisation Code (TAC) iaitu ciri keselamatan perbankan online atau mobile banking yang melindungi akaun anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan.

TAC akan dihantar kepada anda melalui satu kaedah, untuk mengesahkan bahawa anda adalah orang yang melakukan transaksi:

  • SecureTAC.
  • TAC melalui SMS/Mesej.
  • TAC melalui Messenger.

Cara Tukar Nombor Telefon CIMB Clicks

Terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk tukar nombor telefon CIMB Clicks, iaitu:

1. Secara Online

Langkah yang mesti anda lakukan untuk tukar nombor telefon CIMB secara online, iaitu:

  • Pertama sekali, lawati laman web rasmi CIMBClicks.
  • Masukkan Username dan Password untuk login.
  • Kemudian, anda pilih menu Settings.
  • Tekan button Edit dekat bahagian telefon numbor.
  • Masukkan nombor telefon anda yang baharu.
  • Selesai.

Sekiranya proses tukar nombor telefon Cimb Clicks tidak berjaya atau gagal, jangan panik.

Sila hubungi Pusat Panggilan bank CIMB di talian 03 62047788 bagi semakan lanjut.

  • Pilih bahasa.
  • Pilih 0 untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan.
  • Tekan 1: Perbankan.
  • Tekan 1 : Individu.
  • Tekan 1 : Masukkan nombor kad pengenalan.
  • Tekan 0
  • Tekan 3 : CIMB Clicks.

2. Melalui ATM CIMB

Ramai yang bertanya, kalau tukar nombor telefon CIMB Click melalui telefon boleh ke? Jawapannya tidak boleh.

Sekiranya anda mahu tukar nombor telefon Cimbclick, anda mesti pergi ke mesin ATM CIMB berdekatan.

Selepas tu, anda tinggal ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, masukkan Kad ATM dan PIN ATM anda.
  • Selepas tu, pilih Others di Menu Utama.
  • Seterusnya, anda pilih CIMB Clicks
  • Masukkan nombor baharu telefon bimbit anda.

Kemudian, anda sepatutnya menerima resit atau slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.

3. Melalui Cawangan CIMB Bank

Kaedah ini agak mudah, anda tinggal melawat pejabat cawangan CIMB dan membuat perubahan kepada data di sana.

Keperluan yang harus di bawa untuk perubahan data iaitu:

  • Membawa buku akaun simpanan dan kad pengenalan (IC).
  • Kemudian, anda membuat perubahan di bahagian customer service.

Itulah beberapa maklumat terkini mengenai cara tukar nombor telefon CIMB Clicks yang mesti anda ketahui.