Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Cara Tukar No Telefon Ambank

Perkhidmatan AmOnline yang dimiliki oleh Ambank benar-benar membantu ramai orang untuk melakukan pelbagai transaksi.

Dengan adanya perkhidmatan ini, anda tidak perlu pergi ke mesin ATM atau ke cawangan bank untuk menghantar wang.

Anda cukup menggunakan aplikasi AmOnline pada telepon bimbit pada bila-bila masa.

Aplikasi AmOnline boleh anda muat turun di Google Playstore dan App Store secara percuma.

Lantas, bagaimana jika nak tukar nombor telefon Ambank? Mahu tahu? Mari lihat perbincangannya berikut.


 

 

Cara Tukar Nombor Telefon Ambank

Cara Tukar Nombor Telefon Ambank

Ramai orang bertanya-tanya, macam mana cara tukar no telefon Ambank sekiranya nombor telefon yang lama hilang atau tamat tempoh?

Apakah boleh, tukar nombor telefon Ambank melalui sambungan telefon sahaja?

Tidak boleh! Kenapa? Kerana, jika mahu tukar nombor telefon Ambank anda mesti guna ATM Ambank.

Contoh perkara yang dihadapi orang yang mahu tukar nombor telefon Ambank, iaitu:

  • Nombor telefon disekat atau kena block.
  • Nombor telefon yang hilang bersama-sama dengan telefon bimbit.
  • Nombor telefon tamat tempoh.
  • Anda mahu ganti ke nombor telefon baharu.

Perkhidmatan AmOnline memerlukan nombor telefon untuk dapat memberi kuasa semasa membuat transaksi (Request TAC).

Apabila nombor telefon mengalami masalah, sudah tentu aktiviti urusniaga akan terganggu.

Berikut, langkah-langkah tukar nombor telefon Ambank yang disyorkan oleh pihak Ambank:

  • Pertama sekali, sila lawati mesin ATM Ambank berdekatan.
  • Masukkan kad debit atau kad kredit Ambank dan Masukkan PIN.
  • Kemudian, pilih Register/Change TAC Mobile.
  • Masukkan nombor telefon baharu anda (Press if Correct).
  • Maklumat pengesahan akan terlihat pada skrin. Ambit resit untuk rujukan.
  • Selesai.

Sekiranya proses tukar nombor telefon Ambank tidak berjaya atau gagal, gausah risau.

Sila hubungi Pusat Panggilan Ambank pada talian +603-2178 8888 bagi semakan lanjut.

Atau, anda boleh pergi ke cawangan Ambank berdekatan untuk menyelesaikan perkara yang anda hadapi.

Itulah maklumat terkini mengenai Cara Tukar Nombor Telefon Ambank untuk TAC yang mesti anda ketahui.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat untuk anda 😀