Cara Transfer Duitnow Bank Rakyat

imej cover cara transfer duitnow bank rakyat

Cara Transfer Duitnow Bank Rakyat – Adakah anda tahu bahawa cara Instant Transfer Bank Rakyat (IBTF) telah digantikan dengan DuitNow?

Mungkin anda sudah tahu tentang perkara ini tetapi kurang memahami caranya, bukan? Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda cara-cara Instant Transfer Bank Rakyat.

Syarat Transfer Guna Duitnow

Syarat guna duitnow kami kongsikan dibawah:

  1. Jika anda merupakan pelanggan Bank Rakyat, anda perlu mempunyai akses ke akaun perbankan dalam talian i-Rakyat.
  2. Selepas itu, anda boleh mendaftar DuitNow secara dalam talian.
  3. Walaupun anda sudah mempunyai akaun perbankan dalam talian Bank Rakyat, anda masih perlu mendaftar DuitNow.
  4. Klik di sini untuk membaca langkah-langkah pendaftaran Bank Rakyat dalam talian.

Cara Daftar Duitnow Bank Rakyat

Untuk mendaftarkan ID DuitNow, pastikan anda sudah mempunyai ID untuk login ke i-Rakyat. Berikut adalah cara untuk mendaftarkan ID DuitNow:

  1. Login ke portal i-Rakyat di https://www2.irakyat.com.my
  2. Masukkan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk i-Rakyat.
  3. Tekan butang DuitNow yang tertera dan pilih DuitNow ID Registration.
  4. Masukkan ID DuitNow yang ingin digunakan seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor polis/tentera (jika ada), atau nombor paspot (untuk bukan warganegara).
  5. Pilih akaun untuk menerima dana dari ID DuitNow yang digunakan.
  6. Setelah itu, klik butang “I hereby agree to Terms & Conditions”. Tekan butang “next” dan buat pengesahan pada butiran yang dipaparkan.
  7. Klik butang “Request TAC” dan masukkan nombor TAC yang diterima pada petak TAC information.
  8. Tekan butang “Confirm” dan pendaftaran ID DuitNow anda selesai!

Cara Instant Transfer Duitnow Bank Rakyat

Setelah anda berhasil mendaftar ID DuitNow (duit now bank rakyat), anda dapat dengan mudah melakukan pemindahan wang melalui DuitNow bank rakyat. Berikut adalah caranya:

  1. Masuk ke akaun iRakyat anda.
  2. Klik logo DuitNow dan pilih ‘DuitNow’, kemudian klik next.
  3. Pada Transfer From, pilih akaun yang ingin digunakan.
  4. Isi jumlah wang yang diperlukan.
  5. Pada Transfer To, pilih New DuitNow ID.
  6. Masukkan maklumat yang diminta dan klik Submit.
  7. Klik pada Request TAC dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon bimbit anda.
  8. Jika selesai, paparan akan menunjukkan pilihan untuk Add to Favourites untuk menambahkan penerima ke senarai kegemaran, Get Receipt untuk menyimpan atau mencetak resit, atau Make Another Transfer untuk melakukan pemindahan wang yang lain.

Caj Transfer Duitnow Bank Rakyat

Sebelum ini, pengguna perlu membayar RM1.00 bagi setiap transaksi DuitNow, tidak kira jumlah wang yang dipindahkan.

Tetapi sekarang, Bank Negara ingin mempromosikan penggunaan DuitNow, jadi tiada caj yang dikenakan untuk penerimaan dan pemindahan wang menggunakan Instant Transfer DuitNow sehingga RM5,000.

Namun, jika anda ingin menghantar atau menerima wang yang melebihi jumlah RM5,000, caj minimum 50 sen akan dikenakan.

Walau bagaimanapun, sila semak dengan bank anda kerana ada beberapa bank yang tidak mengenakan caj.

Harap maklum bahawa caj ini hanya terpakai kepada pengguna akaun bank individu, dan tidak terpakai bagi akaun perniagaan.

Sila maklumkan kami jika terdapat perubahan pada maklumat ini.