Cara Transfer Duit Bank Islam ke Bank Islam Online

imej cover cara transfer duit bank islam

Bagi orang yang serius berurus niaga atau membeli dan menjual dalam talian.

Online Banking Bank Islam pastinya bukan perkara baharu.

Kemudahan melihat baki akaun, cek urus niaga masuk dan keluar duit, dan membuat pembayaran atau pemindahan duit secara dalam talian menjadi lebih mudah.

Bank Islam IB dapat melakukan semua aktiviti yang dilakukan oleh pelanggan di mesin ATM.

Contoh membeli topup kredit, bayar bil, bayar ansuran, membeli tiket, dan lain-lain.

Tetapi, terdapat beberapa perkara yang sering berlaku bagi pengguna Bank Islam baharu.

Salah satunya adalah ketika akan melakukan transfer menggunakan online banking ke akaun bank yang berbeza, atau melakukan transfer dari bank Islam ke bank Islam.

Berikut kami kongsi bagaimana nak transfer duit Bank Islam ke Bank Islam.


Cara Transfer Duit Bank Islam ke Bank Islam Online

Adakah anda telah mendaftar perkhidmatan online banking bank Islam?

Bagi anda yang telah mempunyai akaun Bank Islam Online, sila ikuti langkah-langkah cara transfer duit berikut:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi bankislam.biz
  • Kemudian, masukkan User ID dan Password.
  • Pilih menu Fund Transfer >With Bank Islam > Transfer to Third Party.
    Cara ke-1 Transfer Duit Bank Islam ke Bank Islam Online
  • Pilih From Account Saving Account-i.
  • Transfer Type Fund Transfer to Savings/Current.
  • Transfer Amount (masukkan jumlah wang yang ingin Anda transfer).
  • Effective Date Today.
  • Recipent Type Open Recipent.
  • Recipent Account masukkan no akaun penerima (klik Confirm).
    Cara ke-2 Transfer Duit Bank Islam ke Bank Islam Online
  • Cek semua maklumat yang dipaparkan di skrin, kalo betul klik Request i-Access Code, sila masukkan kod OTP dan klik Confirm.
  • Selesai.

Cara Transfer Duit Bank Islam Melalui ATM

Kaedah transfer duit melalui ATM memerlukan beberapa syarat iaitu anda mesti mempunyai kad ATM bank Islam dan PIN.

Jika anda sudah membawa kad ATM dan PIN, sila pergi ke ATM bank Islam terdekat untuk melakukan transaksi transfer duit.

  • Masukkan kad ATM/Debit Card bank Islam dan PIN ATM.
  • Kemudian, anda pilih Bahasa.
  • Tekan menu Transfer/Pindahan Wang.
  • Tekan menu Pindahan ke akaun Bank Islam.
  • Masukkan nombor akaun bank tujuan dan jumlah duit yang mahu di transfer.
  • Sila cek maklumat yang dipaparkan di skrin ATM, jika betul tekan YA.
  • Sila ambil resit yang keluar sebagai rujukan transfer berjaya.

Cara Transfer Duit Bank Islam Melalui GO by Bank Islam

Adakah anda tahu, bahawa bank Islam menyediakan perkhidmatan perbankan mobile GO by Bank Islam?

Aplikasi perbankan mudah alih GO by Bank Islam membolehkan anda menikmati perbankan dengan mudah dan cepat.

1. Ciri Aplikasi GO by Bank Islam:

Berikut beberapa ciri yang terdapat pada aplikasi GO by Bank Islam, iaitu:

  • View account balance.
  • Fund Transfer.
  • Pay Bill.
  • Prepaid Reload.
  • JomPAY.
  • DuitNow.
  • Update your profile.
  • Change transaction limits.
  • Get updated with the latest promotions.

2. Cara Transfer Duit Bank Islam Guna GO by Bank Islam

Cara Transfer Duit Bank Islam Guna GO by Bank Islam

Aplikasi GO by Bank Islam boleh muat turun secara percuma di Google Playstore atau App Store.

Jika sudah memuat turun, sila ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Masukkan User ID dan Kata Laluan.
  • Pilih menu Fund Transfer >With Bank Islam > Transfer to Third Party.
  • Pilih From Account Saving Account-i.
  • Transfer Type Fund Transfer to Savings/Current.
  • Transfer Amount (masukkan jumlah duit yang ingin Anda transfer).
  • Effective Date Today.
  • Recipent Type Open Recipent.
  • Recipent Account masukkan nombor akaun penerima (klik Confirm).
  • Selesai.

Cara Transfer Duit Bank Islam Online Melalui DuitNow

DuitNow iaitu perkhidmatan pemindahan dana dalam talian yang membolehkan pengguna dan pemilik perniagaan memindahkan wang menggunakan ID yang dipanggil DuitNow.

DuitNow ID iaitu identiti unik yang akan digunakan untuk orang tertentu dan akan ditandakan pada nombor akaun orang tersebut.

Hanya identiti berdaftar yang akan digunakan sebagai ID DuitNow, seperti berikut:

  • Nombor mudah alih (tempatan/local).
  • Kad Pengenalan/NRIC.
  • Nombor Tentera atau Polis.
  • Nombor pasport.
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan (hanya berlaku untuk perniagaan berdaftar SSM).

Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan DuitNow, sila lakukan pendaftaran dengan log masuk:

Bank Islam Internet Banking pilih menu Settings > DuitNow ID klik Add.

Caj perkhidmatan DuitNow sila lihat jadual dibawah.

Transaction AmountCharge Amount Per Transaction
Dibawah RM5,000RM0.00
Diatas RM5,000.00RM0.50

Maksimum yang dibolehkan transfer per hari iaitu RM50,000 bagi penduduk/resident dan RM10,000 bagi non resident.

1. Cara Transfer Duit Bank Islam Online Guna DuitNow

  • Log masuk Bank Islam Internet Banking.
  • Klik menu Fund Transfer.
  • Kemudian, anda pilih DuitNow.
  • Pilih From Account dari dropdown.
  • Masukkan Jumlah Amaun.
  • Effective Date pilih Today.
  • Pilih Recipient Type jika memilih NRIC Number sila masukkan NRIC Number.
  • Jika Recipient Type = Favourite Recipient, pilih Favourite Recipient dari dropdown.
  • Masukkan Recipient Reference atau kod rujukan.
  • Masukkan Other Payment Details dan Email (Optional).
  • Baca terma dan syarat klik lalu tandakan Checkbox.
  • Klik Transfer, Jumlah bayaran akan dipaparkan di skrin.
  • Klik Request i-Access Code, masukkan kod yang dihantar ke nombor telefon berdaftar milik anda.
  • Klik Confirm.
  • Selesai.

Jika transaksi berjaya, maka anda dapat melihat bukti transfer yang telah berjaya diproses.

Jangan lupa tangkap skrin imej atau simpan fail resit, jika anda memerlukan bukti pemindahan.


Itulah maklumat terkini mengenai bagaimana nak transfer duit Bank Islam ke Bank Islam.

 

Originally posted 2022-01-28 12:28:40.