Cara Semak Baki Kwsp

imej cover cara semak baki kwsp

Cara Semak Baki Kwsp – KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan salah satu skim simpanan bagi pekerja di Malaysia untuk menabung untuk hari tua.

Sebagai ahli KWSP, penting untuk anda sentiasa memantau baki simpanan anda bagi memastikan kecukupan dana ketika bersara.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara-cara semak baki KWSP (cara semak baki akaun kwsp / cara untuk semak baki kwsp) bagi memudahkan anda menguruskan kewangan anda.

Semakan Baki Kwsp Online

Berikut adalah langkah-langkah untuk cara semak baki akaun kwsp online anda:

1. Layari laman web rasmi KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

2. Klik pada pilihan menu

imej langkah 1 semakan baki kwsp online
imej langkah 1 semakan baki kwsp online (cara semak baki wang kwsp / cara semak baki dalam akaun kwsp)

3. Klik pada bahagian Log Masuk i-AKAUN (AHLI)

imej langkah 2 semakan baki kwsp online
imej langkah 2 semakan baki kwsp online (cara semak baki simpanan kwsp / cara mudah semak baki akaun kwsp)

4. Masukkan nombor kad pengenalan anda, Masukkan kata laluan akaun anda

imej langkah 3 semakan baki kwsp online
imej langkah 3 semakan baki kwsp online (cara nak semak baki dalam kwsp / cara semak baki duit dalam akaun kwsp)

5. Baki akaun KWSP anda akan dipaparkan setelah log masuk. (cara semak baki akaun kwsp melalui online)

imej langkah 4 semakan baki kwsp online
imej langkah 4 semakan baki kwsp online (cara semak baki kwsp melalui online)

Cara Semak Baki Kwsp Guna I Akaun

Ini adalah langkah-langkah untuk memeriksa baki KWSP menggunakan aplikasi i-Akaun:

  1. Muat turun aplikasi i-Akaun KWSP di telefon anda.
  2. Pilih pautan iOS atau Android.
  3. Buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda.
  4. Log masuk ke akaun i-Akaun anda.
  5. Baki KWSP anda akan dipaparkan, klik “Lihat Sejarah Transaksi” untuk memeriksa transaksi caruman ke akaun anda.
  6. Tekan “Caruman – IWS” untuk mendapatkan butiran transaksi tersebut.

Cara Semak Baki Kwsp Tanpa Akaun

Berikut ialah cara semak baki tanpa i akaun,

Semakan Duit Kwsp Melalui Kiosk

Jika anda kurang mahir dalam menggunakan perkhidmatan berasaskan Internet dan hanya ingin menyemak penyata baki KWSP, anda boleh pergi ke Kiosk KWSP terdekat.

Pastikan anda tahu di mana letaknya sebelum pergi. Anda tidak perlu risau jika lupa nombor KWSP anda kerana hanya kad pengenalan fizikal anda diperlukan. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Sentuh skrin mesin dan pilih bahasa yang sesuai.
  2. Letakkan kad pengenalan anda di bahagian kiri apabila diminta oleh sistem.
  3. Letakkan ibu jari kanan anda pada ruang yang tersedia.
  4. Pilih perkhidmatan yang dikehendaki, sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mencetak penyata baki KWSP anda.
  5. Jika anda mahu mencetak penyata, pilih ‘Cetak Penyata’.
  6. Mesin akan mencetak penyata KWSP anda dan ia akan dikeluarkan pada ruang yang disediakan.
  7. Ambil penyata KWSP anda dari mesin dan jangan lupa simpan semula Kad Pengenalan anda.
  8. Urusan selesai.

Semak Jumlah Kwsp Melalui Kaunter Kwsp

Jika anda menganggap penggunaan Kiosk KWSP agak memeningkan, anda masih boleh pergi ke Kaunter KWSP untuk menyemak penyata KWSP anda.

Hanya bawa Kad Pengenalan fizikal anda untuk memudahkan urusan semakan. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Lawati cawangan KWSP yang terdekat.
  2. Pastikan anda membawa Kad Pengenalan anda.
  3. Ambil nombor giliran.
  4. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  5. Apabila nombor giliran anda dipanggil, berurusan di kaunter.
  6. Beritahu pegawai KWSP bahawa anda ingin menyemak penyata baki KWSP terkini.
  7. Pegawai tersebut akan meminta Kad Pengenalan anda untuk pengesahan dan semakan.
  8. Dapatkan cetakan penyata KWSP dari pegawai untuk rujukan pada masa akan datang.
  9. Ambil semula Kad Pengenalan anda.
  10. Urusan selesai.

Semak Baki Melalui Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP

imej Pusat Pengurusan Perhubungan
imej Pusat Pengurusan Perhubungan (kwsp semakan baki)

Jika anda tidak memerlukan penyata dan hanya ingin mengetahui baki KWSP anda, anda boleh melakukan langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000. Panggilan anda akan dijawab oleh pihak KWSP yang bertugas dalam beberapa saat.
  2. Beritahu pihak KWSP sama ada anda ingin menyemak baki Akaun 1 atau Akaun 2.
  3. Pihak KWSP (EPF CMC) akan meminta Nombor Kad Pengenalan anda sebagai pengesahan.
  4. Mereka juga akan menanyakan Nama Penuh anda dan beberapa soalan yang berkaitan.
  5. Sekiranya maklumat yang diberikan tepat, pihak KWSP akan memberitahu baki KWSP anda.
  6. Urusan selesai.