Bank BSN (Bank Simpanan Nasional) ialah salah satu bank dari Malaysia yang baru-baru ini juga telah mula bekerjasama dengan pelbagai bank di Asia.
Tujuannya untuk memudahkan pelajar atau warganegara lain yang berada di Malaysia menjalankan urus niaga perbankan.
Bagi pelanggan Bank BSN terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan perbankan boleh dinikmati termasuk cara semak akaun bank BSN yang mudah dan cepat.
Bagaimana sih, cara semak baki akaun BSN tersebut? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut ini.
Contents
1. Semak Baki Akaun BSN Secara Offline
Memeriksa baki anda melalui buku simpanan akan menjadi sempurna bagi anda yang mahukan butiran terperinci mengenai pelbagai transaksi akaun simpanan untuk tempoh masa yang agak lama.
Anda boleh pergi ke cawangan BSN Bank dan meminta perkhidmatan pelanggan untuk mencetak akaun simpanan (print out).
Kemudian, baki dan urus niaga anda akan dicetak secara automatik pada buku catatan.
2. Semak Baki Akaun BSN Secara Online
Internet banking BSN dapat di akses melalui telepon bimbit mahupun komputer riba.
Bagaimana untuk menggunakannya:
- Pertama sekali, sila register daftar dahulu jika anda tidak punya akaun BSN online.
- Pendaftaran akaun ialah langkah pertama yang perlu anda lalui untuk dapat menikmati perkhidmatan perbankan internet.
- Selepas tu, masukan Username dan Password anda.
- Pilih menu My Account, kemudian pilih menu Account Balance.
- Detail baki akaun anda akan terpapar di skrin.
3. Semak Baki Akaun BSN Melalui ATM
Anda juga dapat mengetahui baki akaun bank BSN dengan menggunakan mesin ATM (Anjungan Tunai Mandiri).
Bagaimana untuk menggunakannya:
- Pertama sekali, anda lawati mesin ATM terdekat.
- Selepas tu, masukkan Kad ATM anda.
- Kemudian, taip nombor PIN ATM anda.
- Pilih menu cek baki pada skrin monitor mesin ATM.
4. Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS
Untuk menggunakan cara ini, nombor anda harus sudah terdaftar di bank BSN (Bank Simpanan Nasional).
Sila anda lawati cawangan bank BSN (Bank Simpanan Nasional) terdekat.
Cara menggunakannya:
Taip BAL<space>M-PIN hantar ke 36898
Tunggu beberapa detik, maklumat baki akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda.
Senarai kod yang boleh anda gunakan untuk melihat pelbagai maklumat. Hantar ke 36898.
Transaksi
|
Kod Transaksi
|
---|---|
Pembelian Top-Up | TOPUP <jarak> mpin <jarak> kod.topup <jarak> (no. penerima) |
Senarai Kod Top-Up | LIST<jarak>TOPUP<>NILAI |
Pertanyaan Baki | BAL <jarak> mpin |
Pembayaran Bil | BILL <jarak> mpin <jarak> kod.bil <jarak> no.akaun.bil <jarak> amaun |
Bayaran Kad Kredit BSN | CARD <jarak>mpin <jarak> no.kad kredit <> amaun |
Kod Top-Up Bil | LIST <jarak> BIL |
Pemindahan Dana | TRF <jarak> mpin <jarak> akaun penerima <jarak> amaun |
Pembelian Pin | PIN <jarak> mpin <jarak> kod.kursus <jarak> no.KP calon |
Kod Senarai Kursus | LIST <jarak> PIN |
Pembelian SSP | SSP <jarak> mpin <jarak> amaun |
Tukar Bahasa | CHG <jarak> LANG <jarak> mpin <jarak> bahasa.pilihan |
Berikut ini, fee/caj jika anda melakukan transaksi menggunakan SMS Banking.
Services | Charge/Caj | Details |
---|---|---|
Registration | Free | |
Activation | Free | |
Maintenance | Free for once a year | ~ Change language ~ Change M-PIN ~ Change HP No ~ Change Limit |
RM0.50 | For every subsequent transactions. | |
Balance Enquiry | Free | One enquiry per month for free. |
RM0.50 | For every subsequent enquiries in the same month. | |
Prepaid Top-Up | RM0.25 | For every transaction. |
Fund Transfer | RM0.50 | For every transaction. |
Bill Payment | RM0.50 | For every transaction. |
PIN Purchase | RM0.50 | For every transaction. |
SSP Purchase | RM0.25 | For every transaction. |
BSN Credit CArd Payment | RM0.50 | For every transaction. |
Insufficient Balance | RM0.50 | For every unsuccessful transaction. |
Error Message Reply | RM0.25 | For every transaction. |
BSN : SMS Enquiry | RM0.25 |
Enquiries on:
~ UPU Pin Purchase, Prepaid Top-Up and SSP |
NOTA: Jika memerlukan bantuan sila menghubungi BSN Centre di nombor 1300881900.
Semak baki ialah aktiviti yang kerap diperlukan oleh sebahagian besar pelanggan perbankan.
Untuk memudahkan anda mengakses perkhidmatan ini, bank BSN telah menyediakan beberapa cara mudah dan praktikal yang boleh dipilih.
Pilih kaedah yang paling sesuai dan mengikut keperluan, supaya anda boleh menyemak baki akaun simpanan dengan mudah.
Selamat mencuba dan semoga dapat membantu 😀