Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank

X CLOSE
Advertisements
X CLOSE
Advertisements

Alliance bank adalah salah satu bank dari Malaysia yang terus mengembangkan perkhidmatan perbankannya ke pelbagai negara.

Banyaknya pelanggan Alliance Bank di Malaysia, menjadikan syarikat perbankan ini terus berinovasi dan meningkatkan perkhidmatannya.

Kemudahan e-perbankan yang terdiri daripada internet banking dan mobile banking tidak lagi asing kepada pelanggan.

Sebenarnya, setiap pelanggan pastinya akan memohon akses kepada kemudahan ini, ketika membuka akaun untuk pertama kali.

Termasuk Alliance bank yang menyediakan kemudahan ini dengan menyediakan internet banking dan mobile banking.


 

 

Perkhidmatan Alliance Online

Perkhidmatan Alliance Online

Berikut ini, terdapat beberapa senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Alliance Online, seperti:

1. Balance Enquiry

Semak akaun Alliance Bank anda dan fahami kedudukan kewangan anda dengan selesai.

Alliance mempunyai kemampuan untuk check baki akaun dan check pinjaman anda dengan sekali pandang.

Anda boleh melihat baki akaun terperinci dan sejarah transaksi anda melalui:

A. My Deposit

  • Savings and Current Account.
  • Foreign Currency Current Account.
  • Fixed Deposit.
  • Foreign Currency Fixed Deposit.
  • General Investment Account-i/Investment Account-i.

B. My Cards

  • Credit Card.
  • Prepaid Card.

C. My Borrowings

  • Loan/Financing.
  • Overdraft/Cashline Facility.
  • Share Trading/Margin & Investment Lending.

 

2. Payment

Bayar dengan selamat kepada keluarga atau rakan anda, meminjam akaun atau bil hanya dengan mengakses pautan Perkhidmatan Pembayaran (Payment Services) melalui alliance online.

Selain itu, anda juga dapat menjadwalkan pembayaran berulang atau pembayaran bertarikh masa depan untuk menikmati pembayaran automatik pada tarikh yang dijadualkan tanpa caj tambahan.

Had transaksi harian untuk semua urus niaga pihak ketiga melalui allianceonline dapat ditingkatkan hingga RM50,000.00.

  • Consolidated Statement.
  • Current Account Statement/Current Account-i Statement.
  • Foreign Currency Current Account Statement.
  • Credit Card Statement.

 

3. e-Statement

Akses e-Penyata 12 bulan terakhir anda dalam talian pada bila-bila masa, di mana sahaja secara percuma.

  • Selamat

Anda dapat melihat penyata bank anda dengan log masuk ke allianceonline dengan selamat.

  • Mesra Pengguna

Anda juga dapat melihat, menyimpan, memuat turun dan print e-Penyata anda untuk rujukan di masa hadapan.

  • Pelbagai Akaun

Anda boleh melihat e-Penyata untuk akaun Semasa, Pinjaman mahupun Pembiayaan atau Penyata Gabungan anda, dan akaun Kad Kredit.

 

4. Alerts

Dapatkan pemberitahuan setiap kali transaksi yang dipilih dicetuskan dalam talian.

Ciri ini bukan sahaja membantu melacak transaksi anda, tetapi juga memberi amaran kepada anda mengenai sebarang transaksi yang tidak dijangka yang dibuat dalam talian.

Anda boleh memilih mod penghantaran amaran sama ada e-mel atau SMS, dan untuk jenis transaksi yang dipilih sama ada:

  • Pay Others in Alliance Bank.
  • Pay Others in Other Bank.
  • Pay Cards.
  • Pay Loan atau Financing.
  • Pay Bills.
  • Update of Personal Details.
  • Rejection of Interbank GIRO (IBG) payment by receiving bank.

 

5. Online Investment Services

Kemudahan menguruskan pelaburan anda dalam talian.

  • Stock Trading

Langgan perkhidmatan alliance online Stockbanking dan mulakan perdagangan dengan kadar broker yang lebih rendah dalam satu tanda masuk ke alliance online.

  • Pembukaan My eSaving Account

Buka akaun eSaving dan nikmati kadar faedah yang lebih tinggi sehingga 10% setahun.

  • Fixed Deposit/Investment Account-i

Penarikan dan pertukaran hanya dalam beberapa langkah mudah dengan kesan masa nyata.

  • Kadar pertukaran mata wang asing

Lihat kadar pertukaran mata wang asing terkini dalam talian.

 

6. Prepaid Reloads

Nikmati kemudahan tambah nilai prabayar mahupun prepaid bila-bila masa dan di mana sahaja.


 

 

Check Balance Alliance Bank Online

Check Balance Alliance Bank Online

Sebelum anda membuat semakan secara online melalui internet banking, anda perlu memiliki akaun yang sudah terdaftar terlebih dahulu.

Sekiranya anda sudah memiliki akaun terdaftar, sila ikuti langkah-langkah semak baki akaun Alliance Bank:

  • Pertama sekali, layari laman web rasmi Allianceonline
  • Masukkan Username dan Password yang anda miliki, lalu tekan butang Login.
    Cara ke-1 Check Balance Alliance Bank Online
  • Pada laman utama, sila pilih menu My Deposits > Savings and Current Account.
  • Maklumat baki anda akan dipaparkan secara detail.

 

 

Cek Baki Alliance Mobile Banking

Cek Baki Alliance Mobile Banking

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, muat turun dan install aplikasi AlliaceOnline pada telepon pintar anda.

Langkah yang harus dilakukan, hampir sama dengan cara cek baki akaun secara online, iaitu:

  • Sila muat turun aplikasi AllianceOnline di Google Playstore atau App Store.
  • Kemudian, anda install aplikasi AllianceOnline.
  • Selepas berjaya di install, sila buka aplikasi AllianceOnline.
    Cara ke-1 Cek Baki Alliance Mobile Banking
  • Masukkan Username dan Password.
  • Tap menu My Deposits > Savings and Current Account untuk melihat baki simpanan anda.

Itulah beberapa maklumat terkini cara semak baki akaun Alliance Bank yang mesti anda ketahui.

Semoga beberapa maklumat tadi dapat membantu dan bermanfaat untuk anda 😀

eskisehir escort -
adana eskort