Cara Mohon Bantuan Belia Rm1000 – Bantuan Belia adalah satu program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan belia yang masih menganggur atau belum bekerja.
Program ini sangat penting untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran setiap belia sebelum memulakan kerjaya yang lebih mencabar, serta memberi keyakinan kepada majikan tentang kemampuan mereka.
Selain itu, program ini juga memberikan peluang kepada golongan penganggur atau individu yang belum bekerja untuk memperoleh pengalaman bekerja.
Kadar Bantuan Belia
Program ini menyediakan gaji dan elaun sebanyak sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan untuk jangka masa tertentu. Selain itu, majikan juga akan menerima bayaran sebanyak RM1,000.
- Secara ringkasnya, bayaran sebanyak RM1,000 ini akan diberikan kepada majikan dan kemudian akan disalurkan kepada pekerja yang terdiri daripada golongan belia lepasan sekolah dan graduan yang sedang menjalani Program Perantisan.
- Dengan menyertai program ini, anda berpeluang untuk menerima gaji minimum RM1,200 sebulan daripada majikan.
- Bantuan ini akan diberikan selama 3 bulan berturut-turut dengan syarat bahawa anda perlu bekerja sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
Maklumat Bantuan Belia
- Majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan yang mengambil bahagian dalam Program Perantisan berpeluang menerima bayaran sebanyak RM1,000 (bantuan insentif khas rm1000).
- Gaji minimum yang akan diberikan kepada pekerja adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
- Majikan juga akan diberikan peluang untuk memohon satu kursus latihan sahaja bagi perantisan, dengan kos minimum RM4,000.
- Selain itu, pekerja juga berhak menerima elaun kesedian kerja atau insentif yang telah ditetapkan.
Maklumat tambahan bantuan belia sebagai berikut,
- Untuk mengambil bahagian dalam program ini, syarikat perlu mendaftar dahulu dan mengiklankan kekosongan jawatan perantis di portal MyFutureJobs.
- Selain itu, setiap perantis yang diterima bekerja di bawah program ini dikehendaki untuk membuat caruman dengan PEKERSO.
Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan Belia
Di bawah ini adalah syarat kelayakan (borang permohonan bantuan belia rm1000) yang telah ditetapkan untuk mendaftar program ini:
- Kewarganegaraan Malaysia
- Menganggur dan belum mendapat pekerjaan tetap (cara mohon bantuan untuk remaja belum bekerja)
- Lulusan sekolah atau universiti dalam usia antara 18 hingga 30 tahun
Namun, terdapat calon-calon yang tidak layak untuk mendaftar program bantuan ini iaitu:
- Pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (internship)
- Pelajar yang masih belum menamatkan pengajian
- Individu yang bukan warganegara Malaysia
Cara Permohonan Bantuan Belia Rm1000
Jika anda merupakan seorang pekerja, panduan ini bukan untuk anda. Ini adalah untuk majikan sahaja.
Bagi anda sebagai pekerja, anda hanya perlu daftar bantuan belia di laman web myfuturejobs.gov.my dan memohon pekerjaan yang ditawarkan di sana.
Berikut adalah langkah-langkah cara memohon bantuan belia rm1000 untuk majikan mendaftar:
- Layari laman web rasmi PenjanaKerjaya di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.
- Anda akan melihat maklumat berikut:
Insentif sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tempoh 3 bulan dan program latihan terpakai kepada majikan yang menggaji pencari kerja tempatan sebagai perantis.
- Klik butang “REGISTER”.
- Di bahagian “Create an Account”, masukkan maklumat berikut:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan/Pasport
- Nombor Telefon
- Alamat Emel
- Kata Laluan
- Ulang Kata Laluan
- Tekan butang “Submit”.
- Periksa emel anda untuk pengesahan pendaftaran.
- Klik pada pautan dalam emel tersebut.
- Log masuk dengan menggunakan alamat emel dan kata laluan yang didaftarkan.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Hantar permohonan anda, dan anda selesai.