Cara Link Tabung Haji Dengan Cimb – Anda boleh mengaitkan akaun Tabung Haji anda dengan akaun CIMB anda dengan mendaftar akaun Tabung Haji pada kad ATM CIMB dan Cimb Clicks.
Pendaftaran ini percuma dan hanya boleh dilakukan di mesin ATM CIMB dan cimbclicks. Pautan akaun TH hanya boleh dilakukan pada kad ATM CIMB yang dimiliki oleh pemilik akaun sendiri.
Cara Link Tabung Haji Dengan Cimb Online
cara link akaun tabung haji dengan cimb online (cara link cimb dengan tabung haji),
Langkah 1: Log masuk ke www.cimbclicks.com.my menggunakan (pelayar web > Akaun Saya > Tabung Haji > Ketik pada ‘klik di sini’)

Langkah 2: Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor Kad Debit anda.

Langkah 3: Hantar & masukkan 6-digit, TAC untuk melengkapkan pautan.

Cara Link Tabung Haji Guna Atm
Langkah-langkah untuk mendaftar akaun Tabung Haji di ATM CIMB adalah seperti berikut. Pastikan anda membawa kad ATM CIMB dan buku akaun Tabung Haji semasa mendaftar:
1. Masukkan kad Debit Mastercard CIMB anda dan masukkan nombor pin seperti biasa.

2. Pada menu utama, pilih “LAIN-LAIN”.

3. Pilih menu “TABUNG HAJI (TH)”. Kemudian pilih “PAUTAN AKAUN”.

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda. Kemudian pilih “TEKAN JIKA BETUL”.

5. Masukkan nombor siri buku akaun TH. (Nombor siri buku akaun Tabung Haji terdapat pada muka surat belakang buku akaun). Pilih “TEKAN JIKA BETUL” untuk meneruskan.
6. Sistem akan memproses transaksi, dan akan mengeluarkan slip sekiranya berjaya.
Caj Tabung Haji Dengan Cimb
Perkhidmatan melalui ATM | RM |
Pengeluaran tunai | 1.00 |
Pemindahan dana | 1.00 |
Pertanyaan Baki | Tiada |
Had penyelenggaraan | Tiada |
Perkhidmatan melalui CDM | RM |
Deposit Tunai | 1.00 |
Pertanyaan Baki | Tiada |