Cara Kemaskini Bpr – Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan semasa Belanjawan 2021.
BPR bertujuan untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Sekarang, portal rasmi BPR sudah beroperasi sepenuhnya di laman web bpr.hasil.gov.my.
Jika anda penerima BSH 2020 atau BPN 2.0, anda hanya perlu kemas kini bpr permohonan anda.
Kategori Bantuan Bpr


Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah menjadi topik yang hangat dibincangkan oleh masyarakat Malaysia pada tahun 2021.
Melalui BPR, kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kesan negatif terhadap ekonomi negara.
BPR bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, termasuk golongan miskin, pesara, dan golongan B40.
Jumlah bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
Cara Kemas Kini Bantuan Prihatin Rakyat Online
Berikut adalah langkah-langkah ringkas cara nak kemaskini bpr Hasil 2021:
- Layari portal rasmi login BPR di https://bpr.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk pada menu atas sebelah kanan
- Masukkan No MyKad atau Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan butang Semak
- Anda akan ditanya “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika ya, klik Ya
- Masukkan Kata Laluan anda
- Tekan Log Masuk
- Jika tiada masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem
- Anda akan melihat beberapa butang:
- Profil
- Semakan Status
- Kemaskini Permohonan
- Cetakan
- Peti Mel
- Maklum Balas
- Untuk membuat kemaskini, klik Kemaskini Permohonan
- Kemaskini maklumat diri yang telah berubah sejak permohonan terdahulu
- Maklumat yang biasanya berubah termasuk Nombor Akaun Bank, Status Perkahwinan, Nombor Telefon dan Maklumat Anak.
Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Bagi Pemohon Bpr

Berikut adalah senarai dokumen kemaskini bantuan prihatin rakyat yang diperlukan bagi individu dengan kategori ini.
Yang baru berkahwin, bercerai, ibu/bapa tunggal dengan tanggungan, kematian pasangan, tambahan tanggungan, anak yang dibebaskan daripada tanggungan, anak tidak sah taraf, dan anak angkat yang setaraf:
- Kad Pengenalan Suami Isteri
- Sijil Perkahwinan/Sijil Perceraian/Sijil Kematian Pasangan
- Sijil Kelahiran Anak (17 tahun ke bawah dan 18-20 tahun yang masih bersekolah/menuntut di IPT/tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan)
- Sijil Kelahiran Anak Angkat
- Akaun Bank Suami Isteri dan sekurang-kurangnya satu pasangan mempunyai akaun bank atau kedua-dua pasangan tidak mempunyai akaun bank
- Nombor telefon bimbit yang terkini
Individu yang masih bujang, OKU berumur 18-59 tahun, bujang berumur 21-59 tahun, ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang tidak mempunyai anak memerlukan dokumen berikut:
- Kad pengenalan pemohon
- Kad pengenalan waris
- Sijil kematian pasangan
- Sijil kelahiran anak angkat
- Akaun bank
- Nombor telefon bimbit yang terkini.