e-Statement iaitu bentuk elektronik Penyata Akaun Perbankan Konvensional atau Penyata Akaun Perbankan Islam.
Di mana, dapat dilihat secara dalam talian oleh anda melalui RHB Now atau dihantar ke alamat emel peribadi anda.
E-Penyata akaun anda tersedia untuk dilihat dan dicetak di RHB Now Internet Banking untuk tempoh tiga belas bulan dari tarikh terbitan e-Penyata masing-masing.
Lalu, bagaimana cara dapatkan penyata Bank RHB? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut ini.
Contents
Kelayakan Mendaftar e-Statement
Berikut senarai akaun yang dapat melihat penyata bank RHB secara online, iaitu:
- Akaun individu (Akaun Semasa, Akaun Simpanan, Deposit Tetap, Akaun Pelbagai Mata Wang, Pinjaman, Sewa Beli).
- Kad Kredit Individu (Konvensional mahupun Islam).
- Kad Kredit Bersama – Pemegang kad utama dibenarkan melihat e-Penyata.
- Akaun bersama (dengan Kod Penyambung “JOR”) (Akaun Semasa / Akaun Simpanan / Deposit Tetap / Akaun Pelbagai Mata Wang). Hanya pemegang akaun utama yang dibenarkan melihat e-Penyata. Tidak dibenarkan untuk pemegang akaun sekunder.
Cara Dapatkan Penyata RHB Bank
Terdapat dua cara yang bisa anda lakukan untuk mendapatkan penyata RHB Bank, iaitu:
1. Cara Dapatkan Penyata RHB Bank Secara Online
Cara untuk menggunakannya:
- Pertama sekali, layari laman rasmi https://logon.rhb.com.my
- Pilih My Account > eStatement Management.
- Pilih Saving Account, kemudian klik Next.
- Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih View Online. Klik Preview.
- Seterusnya, anda klik My Accounts sekali lagi. Kemudian, anda pilih View e-Statement.
- Selepas itu, anda pilih Savings Account.
- Pilih penyata bulan yang ingin anda download atau print.
- Buka file PDF yang telah anda download untuk melihat penyata bank.
2. Cara Dapatkan Penyata RHB Bank Melalui Emel
Jika anda mahu mendapatkan penyata bank atau bank statement via emel, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk RHBNow.
- Pilih My Account.
- Pilih eStatement Management.
- Pilih Akaun yang anda mahukan.
- Tick √ Send to Email, Masukkan alamat Emel dan Nombor Telefon.
- Tick √ Term & Condition, klik Preview.
- Masukkan kod OTP.
- Klik Submit.
- Selesai.
Faedah e-Penyata Online
Berikut ada beberapa faedah dari e-Penyata Online yang mesti anda tahu, iaitu:
- Terima penyata anda dengan lebih pantas melalui RHB Internet Banking.
- e-Statement boleh diakses dengan satu klik butang.
- Selamat.
- Diarkibkan dengan mudah.
- Mesra alam.
Itulah beberapa maklumat mengenai cara dapatkan penyata bank RHB Bank online.
Sekarang anda boleh print bank statement RHB bank dengan mudah dan pantas. Semoga berjaya 😀